Jom Belajar ..! ^_^

"Jika kamu inginkan dunia hendaklah dengan ilmu,jika kamu inginkan akhirat hendaklah dengan ilmu,dan jika kamu inginkan kedua-duanya juga hendaklah dengan ilmu." (Imam Syafie)

Pembelajaran

Pembelajaran merupakan hak setiap insan termasuk kanak-kanak pendidikan khas

I.L.M.U.

"Apabila anak Adam (manusia) itu meninggal dunia maka terputuslah segala amalnya kecuali tiga iaitu sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat atau anak soleh yang mendoakannya." (Riwayat Muslim)

Ukhuwah Lillah ^__^

"Sesungguhnya orang-orang mu'min adalah bersaudara kerana itu damaikanlah antara kedua saudaramu dan bertakwalah kepada Allah supaya kamu mendapat rahmat." (Al-Quran; Surah al-Hujurat, ayat 10)

Wednesday 30 July 2014

APA YANG DI MAKSUDKAN DENGAN PENDIDIKAN KHAS ?

ASSALAMUALAIKUM.


Apa khabar sahabat-sahabat, teman-teman semua? macam mana beraya? pasti seronokkan. Disamping beraya tu, tak salah kalau  kita ambik sedikit masa untuk fahami apa itu Pendidikan Khas. Apa sebenarnya Pendidikan Khas ni? Kita sering mendengar perkataan tersebut tetapi tahu kah kita maksud sebenar Pendidikan Khas ni? Haa.. ni saya nak kongsi ilmu yang saya pelajari dari blog lain. 





DEFINISI PENDIDIKAN KHAS

Pendidikan khas bererti program yang dirancang khusus untuk memenuhi pelbagai keperluan murid-murid khas. Pengajaran dan pembelajaran program ini menggunakan teknik yang bersesuaian dengan murid-murid khas. ini termasuk menggunakan sumber dan peralatan khas untuk membantu pembelajaran murid-murid khas.

Definisi Pendidikan Khas :

"Satu bentuk pendidikan yang disediakan untuk memenuhi keperluan kanak-kanak berkeperluan khas"
Hallahan dan Kauffman(2006)

"Pendidikan Khas merupakan program pengajaran khusus yang direka bentuk bagi memenuhi keperluan pelajar luar biasa. Ia mungkin memerlukan penggunaan bahan-bahan, peralatan dan kaedah pengajaran khusus"
Gargiulo(2003)
"Pendidikan khas adalah pengajaran yang direka bentuk khusus bagi memenuhi keperluan kanak-kanak yang kurang upaya. Pengajaran ini mun gkin dikelolakan dalam bilik darjah, di rumah, di hospital atau institusi lain"
Friend (2005)
"Program Pendidikan Khas di Malaysia merupakan satu usaha yang berterusan menggalakkan perkembangan optima seseorang sebagai seorang yang berkemahiran, berhaluan, berupaya, beriman, berdikari, mampu merancang dan mampu menguruskan serta menyedari potensi diri sebagai seorang individu dan ahli masyarakat yang seimbang dan produktif selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara"
Mansor (2005)
http://rujukpendidik.blogspot.com/2012/10/definisi-pendidikan-khas.html


Lagu rasmi dan ikrar IPG dalam Bahasa Isyarat

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم                    


 Assalamualaikum..






cc : http://www.youtube.com/watch?v=G_YiXYTLUxII



moga video ini dapat memberi manfaat kepada guru-guru yg beropsyen Pendidikan Khas Masalah Pendengaran dan insan-insan yang berminat untuk mempelajari bahasa isyarat ^^



~~sign languange is a human right~~



jazakallah bro mezee sbb sudi buat !! :)


Tuesday 22 July 2014

Assalamualaikum ^^

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Assalamualaikum,,,,

ini merupakan post pertama kami... ^^

diharapkan ilmu2 yang akan disampaikan dari semasa ke semasa nnt dapat memberi manfaat kepada semua..
maaf jika ada sebarang kesilapan n kesalahan yang bakal dilakukan nnt :)



salam ukhuwah ! <3