Bismillahirrahmanirrahim,
Assalamualaikum...
Sering kali kita terdengar perkataan integriti. Namun,
sejauh manakah kita memahami, menghayati dan mengaplikasi integriti dalam
kehidupan seharian kita.
Terdapat sesetengah insan yang sanggup mengetepikan integriti
dalam kehidupan mereka. perkara ini menyebabkan berlakunya masalah sosial dalam
masyarakat yang umpama duri dalam daging seperti rasuah, plagiat, mencuri dan pelbagai
lagi.
Maksud integriti
Menurut Wikipedia, Integriti sebenarnya
berasal dari istilah bahasa Inggeris yang membawa erti keutuhan dari semua segi yang baik. Dalam bahasa Melayu,
ia biasanya menjurus kearah perwatakan seseorang.
Maksud integriti mengikut Kamus Dewan edisi
keempat ialah kejujuran dan ketulusan;
kesempurnaan; keutuhan.
Dari
maksud yang didapati dari Kamus di atas, integriti adalah sifat jati diri yang merangkumi juga keikhlasan,
keterbukaan, ketelusan, amanah, benar, berpegang kepada prinsip, tidak mudah
dipengaruhi, boleh dipercayai, boleh pegang cakapnya, dll.
Integriti mengikut peringkat
Dalam tahap peringkat individu,
integriti ialah keselarasan antara tindakan dengan prinsip etika,undang-undang
serta keselarasan antara kepentingan diri dengan kepentingan umum. Pada peringkat
organisasi pula, integriti
terkandung dalam perumusan dan perlaksanaan kod etika piagam pelanggan serta
sistem kerja serta pematuhan kepada amalan terbaik. Kod etika tersebut akan
diulang dan dihayati oleh anggota organisasi berkenaan sehingga menjadi
kebiasaan dan akhirnya menjadi budaya organisasi. Manakala integriti bagi penjawat awam pula, integriti bermaksud
melaksanakan amanah dan kuasa yang diberi oleh kerajaan untuk kepentingan umum.
Penjawat awam tersebut tidak boleh menyalahgunakan dan menyelewengkan kuasa
yang diamanahkan untuk kepentingan diri, keluarga, saudara mara dan kaum
kerabat. Oleh itu, penjawat awam perlulah tulus dan jujur dalam memikul amanah
terhadap majikan, anak buahnya dan pihak lain.
Minggu Integriti di IPGKIK
IPG
Kampus Ilmu Khas,Kuala Lumpur akan mengadakan Minggu Integriti bermula 22
hingga 25 September 2014. Tujuan program
ini adalah untuk memberri kefahaman yang lebih jelas mengenai nilai integriti
dalam institusi pendidikan dan seterusnya membudayakan amalan integriti dalam kehidupan.
Selain itu, minggu Integriti ini juga bertujuan memastikan semua warga pendidik
mempunyai kefahaman yang jelas tentang nilai integriti dan menggerakkan
aktiviti integriti dalam institusi pendidikan serta membudayakan amalan
integriti dalam kehidupan seharian.
Beberapa acara pertandingan telah diadakan sempena Minggu
Integriti ini antaranya ialah Pertandingan Blog, Pertandingan Fotografi,
Pertandingan Melukis, Elocution Speech dan juga Pertandingan Ekplorasi
Integriti 2014.
Kesimpulannya, integriti haruslah sentiasa disemai dalam
jiwa setiap warganegara Malaysia dan sentiasa diamalkan agar Malaysia mempunyai
rakyat yang sentiasa mengaplikasikan integriti dalam kehidupan. Ingatlah,
integriti mencerminkan perlakuan kita.
p/s : video2 mengenai integriti boleh disaksikan pada menu VIDEO yang disediakan ^^
0 comments:
Post a Comment