Jom Belajar ..! ^_^

"Jika kamu inginkan dunia hendaklah dengan ilmu,jika kamu inginkan akhirat hendaklah dengan ilmu,dan jika kamu inginkan kedua-duanya juga hendaklah dengan ilmu." (Imam Syafie)

Pembelajaran

Pembelajaran merupakan hak setiap insan termasuk kanak-kanak pendidikan khas

I.L.M.U.

"Apabila anak Adam (manusia) itu meninggal dunia maka terputuslah segala amalnya kecuali tiga iaitu sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat atau anak soleh yang mendoakannya." (Riwayat Muslim)

Ukhuwah Lillah ^__^

"Sesungguhnya orang-orang mu'min adalah bersaudara kerana itu damaikanlah antara kedua saudaramu dan bertakwalah kepada Allah supaya kamu mendapat rahmat." (Al-Quran; Surah al-Hujurat, ayat 10)

Monday 3 November 2014

Kata-kata untuk teman seperjuangan

Assalamualaikum..

Indahnya pagi ini, Alhamdulillah, bersyukur pada Ilahi kerana masih diizinkan menghirup udara yang segar. Doaku semoga semua pelajar-pelajar IPG iaitu teman-teman, kawan-kawan, abang-abang dan akak-akak diberi kesihatan dan pemikiran yang baik untuk menghadapi peperiksaan yang bakal ditempuhi. Belajarlah untuk meraih kejayaan di dunia dan akhirat. Belajarlah dengan penuh keikhlasan. Kita adalah pendidik bangsa pada masa hadapan. Berikan sepenuh fokus untuk kejayaan kita dan juga kejayaan negara. Ingat matlamat kita. Selamat maju jaya. Study smart ;)