PERSEKITARAN PEMBELAJARAN DI IPG..
Assalamualaikum dan selamat petang kawan-kawan. Hujung minggu ni buat apa kawan-kawan??Kalau pelajar IPG mesti tengah sibuk buat assignment masing-masing kan?^_^.. Pada hari ini kami akan kongsikan tentang persekitaran dan budaya pembelajaran di IPG.
http://ipgipoh.info/takwim/index.php?option=com_content&view=article&id=129&Itemid=79
Seperti mana yang diketahui oleh semua,,
Institut Pendidikan Guru yang dahulunya dikenali sebagai maktab perguruan merupakan sebuah institusi pendidikan yang melatih bakal-bakal guru. Bakal guru ini terdiri daripada pelajar Kursus Perguruan Lepasan SPM (KPLSPM), Khusus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI), Khusus Dalam Cuti (KDC), Khusus dalam Perkhidmatan (KDP), Program Pensiswazahan Guru (PPG) dan Khusus Pendek Kelolaan Institut (KPKI).
Pelajar KPLSPM yang dipilih oleh Bahagian Pendidikan Guru (BPG) untuk kemasukan ke IPG ini telah dipilih berdasarkan beberapa temuduga dan ujian. Pelajar KPLSPM yang lulus peringkat persediaan sahaja akan ditawarkan untuk menyambung Ijazah Sarjana Muda Perguruan di IPG.
Persekitaran dan budaya pembelajaran di IPG adalah jauh berbeza dengan situasi yang anda pernah alami ketika berada di alam persekolahan. Persekitaran di IPG adalah suatu jenama untuk membentuk dan melahirkan guru yang mengamalkan dimensi budaya seperti yang berikut:
- BUDAYA ILMU
- Pembelajaran sepanjang hayat
- Berilmu pengetahuan yang luas, mendalam dan terkini (syumul)
- Menguasai, mengamal, menghayati dan berkongsi ilmu
- Menjana, mencetus, mengembang dan menyumbang ilmu
- Mengamalkan penyelidikan
- Kebolehan membuat keputusan
- Pemikiran reflektif
- Berupaya menyelesaikan masalah
- Menjadikan pembelajaran sebagai keutamaan
- Mewujudkan komuniti belajar sepanjang hayat
- Menyediakan pelbagai cara untuk mentafsir dan menilai pembelajaran
- Menyediakan sumber dan sistem untuk membantu dan menyokong pembelajaran
- Kesetiaan kepada organisasi
- Menepati masa, cekap, tepat dan mematuhi prosedur
- Menitikberatkan kerja sepasukan dala, menjayakan aktiviti organisasi
- Sentiasa bersyukur
- Merendah diri (tawaduk)
- Redha dengan qada dan qadar
- Taqwa
- Ikhtiar dan doa
- Mematuhi etika
- Keprihatinan dengan makhluk
- Sayang diri, keluarga dan masyarakat
- Sayang akan profesion
- Sayang akan alam sekitar
- Sayang akan warga dan organisasi
- Sayang akan negara
- Kesihatan dan Kecergasan fizikal
- Kematangan emosi
- Ketenangan rohani dan bertaqwa
- Keterbukaan minda, positif, matang dan rasional
- Persekitaran mesra
- Kehalusan budi
- Keunggulan peribadi
- Kesempurnaan kerja
- Keindahan kebudayaan dan bangsa
- Keindahan persekitaran
0 comments:
Post a Comment