Wednesday 30 July 2014

APA YANG DI MAKSUDKAN DENGAN PENDIDIKAN KHAS ?

ASSALAMUALAIKUM.


Apa khabar sahabat-sahabat, teman-teman semua? macam mana beraya? pasti seronokkan. Disamping beraya tu, tak salah kalau  kita ambik sedikit masa untuk fahami apa itu Pendidikan Khas. Apa sebenarnya Pendidikan Khas ni? Kita sering mendengar perkataan tersebut tetapi tahu kah kita maksud sebenar Pendidikan Khas ni? Haa.. ni saya nak kongsi ilmu yang saya pelajari dari blog lain. 





DEFINISI PENDIDIKAN KHAS

Pendidikan khas bererti program yang dirancang khusus untuk memenuhi pelbagai keperluan murid-murid khas. Pengajaran dan pembelajaran program ini menggunakan teknik yang bersesuaian dengan murid-murid khas. ini termasuk menggunakan sumber dan peralatan khas untuk membantu pembelajaran murid-murid khas.

Definisi Pendidikan Khas :

"Satu bentuk pendidikan yang disediakan untuk memenuhi keperluan kanak-kanak berkeperluan khas"
Hallahan dan Kauffman(2006)

"Pendidikan Khas merupakan program pengajaran khusus yang direka bentuk bagi memenuhi keperluan pelajar luar biasa. Ia mungkin memerlukan penggunaan bahan-bahan, peralatan dan kaedah pengajaran khusus"
Gargiulo(2003)
"Pendidikan khas adalah pengajaran yang direka bentuk khusus bagi memenuhi keperluan kanak-kanak yang kurang upaya. Pengajaran ini mun gkin dikelolakan dalam bilik darjah, di rumah, di hospital atau institusi lain"
Friend (2005)
"Program Pendidikan Khas di Malaysia merupakan satu usaha yang berterusan menggalakkan perkembangan optima seseorang sebagai seorang yang berkemahiran, berhaluan, berupaya, beriman, berdikari, mampu merancang dan mampu menguruskan serta menyedari potensi diri sebagai seorang individu dan ahli masyarakat yang seimbang dan produktif selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara"
Mansor (2005)
http://rujukpendidik.blogspot.com/2012/10/definisi-pendidikan-khas.html


0 comments:

Post a Comment