Thursday, 18 September 2014

Teknik Membaca

Assalamualaikum..^-^

Alhamdulillah..pada malam ini saya diberi lagi masa dan ruang untuk menulis blog. Pada kali ini saya ingin berkongsi sedikit ilmu yang telah saya pelajari iaitu teknik membaca.

Kemahiran membaca seharusnya tidak dipandang remeh oleh pelajar. Kemahiran yang betul dapat meningkatkan pemahaman dengan lebih berkesan. Oleh itu, kita sebagai pelajar khususnya perlu mengetahui teknik membaca yang betul kerana kemahiran ini amat penting dalam proses pembelajaran.


                                                  http://www.anuar2u.com/tips%20belajar.htm


Proses membaca boleh dibahagikan kepada 2 bahagian utama iaitu:

  1. Bacaan secara cepat
  • Skimming
  • Scanning
   2. Bacaan secara perlahan

  • KWLH
  • SQ3R
Pembacaan Cepat
1. Skimming (luncuran)
- Skimming adalah kemahiran membaca untuk mendapatkan maklumat secara ringkas dan pantas mengenai sesuatu maklumat.
- Lazimnya cara ini digunakan untuk mencari isi kandungan, tajuk, rumusan serta bibliografi.
- contohnya, apabila kita membaca surat khabar tentunya kita tidak akan membaca perkataan demi perkataan., sebaliknya kita akan melakukan imbasan terhadap petikan yang terdapat di dalam surat khabar tadi.
- Skimming amat berguna kepada pelajar terutama ketika pelajar ingin mencari informasi melalui internet.
- Antara strategi yang boleh dilakukan semasa skimming:
  • Pelajar boleh membaca tajuk, sub-tajuk atau melihat gambar rajah.
  • Pelajar boleh membaca perenggan pendahuluan dan penutup sesuatu teks.
  • Membaca hanya ayat pertama bagi setiap perenggan. Biasanya ayat pertama ini memberi idea utama yang ingin disampaikan oleh penulis.
2. Scanning (Imbasan)
- Imbasan ialah kemahiran membaca untuk mendapatkan maklumat yang lebih mendalam daripada skimming.
- membaca pendahuluan dan rumusan secara mendalam, membaca kandungan bab dengan pantas sambil mencatat kata kunci dan konsep yang dinyatakan.
- scanning adalah satu langkah awal bacaan kerana melalui cara ini pelajar boleh mengetahui istilah-istilah baru dan seterusnya mencari maknanya dalam kamus dan menjimatkan masa ketika membuat pembacaan sebenar.
-Hal ini dapat membantu pelajar membuat keputusan dalam menentukan tahap kepentingan sesuatu istilah, konsep dan bahagian dalam buku teks mahupun buku rujukan yang memerlukan perhatian khusus ketika membuat ulang kaji pelajaran.

Pembacaan Perlahan

1. Bacaan intensif / KWLH
- Bacaan intensif adalah kemahiran membaca untuk mendapatkan maklumat secara terperinci.
-Selalunya teknik bacaan ini mengambil masa yang lebih panjang untuk memahami maksud sesebuah teks tersebut.
  • K (know)- apa yang diketahui
  • W (want)- apa yang hendak diketahui
  • L ( learned)- apa yang hendak dipelajari semasa membaca bahan bacaan
  • H ( how)- tambahan maklumat berkenaan tajuk yang dibaca
- Tujuan bacaan secara intensif adalah semata-mata untuk mendapatkan semua maklumat dengan mendalam dan catatan perlu dibuat untuk mengumpulkan maklumat.

2. SQ3R ( Survey, Question, Read, Recite, Review)
- Teknik membaca ini meminta pembaca membuat analisis mendalam tentang bahan yang dibaca.
-Langkah-langkah membaca:
  • Lihat tajuk utama sepintas lalu bagi melihat idea keseluruhan
  • tukar tajuk utama menjadi soalan
  • baca keseluruhan bahagian bagi mendapatkan jawapan
  • selepas membaca petikan, susun idea dan isi penting dengan bimbingan guru
  • menyebut tajuk utama bagi setiap bahagian perenggan melalui ingatan bagi menjawab soalan.

Berikut sedikit panduan kepada anda untuk mendapatkan kesan pembacaan yang maksimum.
  1. membaca secara berhati-hati
  2. membaca secara menyeluruh
  3. membaca secara berulang-ulang
  4. membaca dalam suasana yang selesa
  5. membaca secara berperingkat.

Berdasarkan post kali ini diharap adik-adik sekalian mendapat input yang berguna serta dapat mengaplikasikan teknik membaca ini di dalam pelajaran. Kebolehan membaca sangat penting kerana membaca dianggap sebagai asas utama bagi mencapai kejayaan.

Terima kasih..~

Rujukan:

Syed Ismail Syed Mustapa, Ahmad Subki Miskon, Aliza Adnan. (2014). Kemahiran Belajar. Kuala Lumpur: Multimedia Sdn.Bhd.




0 comments:

Post a Comment