Jom Belajar ..! ^_^

"Jika kamu inginkan dunia hendaklah dengan ilmu,jika kamu inginkan akhirat hendaklah dengan ilmu,dan jika kamu inginkan kedua-duanya juga hendaklah dengan ilmu." (Imam Syafie)

Pembelajaran

Pembelajaran merupakan hak setiap insan termasuk kanak-kanak pendidikan khas

I.L.M.U.

"Apabila anak Adam (manusia) itu meninggal dunia maka terputuslah segala amalnya kecuali tiga iaitu sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat atau anak soleh yang mendoakannya." (Riwayat Muslim)

Ukhuwah Lillah ^__^

"Sesungguhnya orang-orang mu'min adalah bersaudara kerana itu damaikanlah antara kedua saudaramu dan bertakwalah kepada Allah supaya kamu mendapat rahmat." (Al-Quran; Surah al-Hujurat, ayat 10)

Showing posts with label pendidikan khas. Show all posts
Showing posts with label pendidikan khas. Show all posts

Thursday, 18 September 2014

Kuiz Masalah Penglihatan dan Masalah Pendengaran

Bismillahirrahmanirrahim,,

Assalamualaikum...

Di sini kami sediakan satu link quiz yang agak mudah dan santai sebagai bahan untuk menguji kefahaman anda mengenai masalah penglihatan dan masalah pendengaran :)




file:///C:/Users/User/Documents/Quizzes/Quiz%20KB/index.html


~Sila copy dan paste link tersebut pada tab yang baru ^^~



Latihan Masalah Pendengaran dan Masalah Penglihatan

Isi tempat kosong dengan jawapan yang betul.
1)Kanak-kanak bermasalah pendengaran tidak dapat ____________ pada satu tahap kekuatan bunyi.
2)Sukar melihat benda jauh dan mata berasa tegang merupakan _____________________.
3)_______ merupakan aplikasi bersuara untuk membantu kanak-kanak bermasalah penglihatan.
4)Murid bermasalah pendengaran mengalami masalah untuk __________ arahan yang disampaikan.
5)______________ merupakan punca bagi masalah pendengaran dan masalah penglihatan.


Jawab soalan-soalan berikut.

1) Pada pendapat anda, apakah usaha-usaha yang boleh diambil oleh ibu bapa dan kerajaan untuk membantu kanak-kanak bekeperluan khas ?

2)Mengapakah masih terdapat segelintir individu yang memandang rendah kanak-kanak bekeperluan khas?

3)Adakah kemudahan OKU di negara kita mencukupi untuk membantu golongan istimewa ini? Berikan alasan anda.




Autisme dan ADHD

Definisi autisme


Ketidakupayaan seseorang individu iaitu kecederungan neurologi sehingga menjejaskan kefungsian otak dalam aspek-aspek kognitif, tingkahlaku, kemahiran motor kasar dan motor halus, bahasa dan komunikasi, serta sosial dan emosi.

Definisi Adhd

Kesukaran memusatkan perhatian (add ), mempunyai masalah kecil di otak, terlalu banyak bergerak atau aktif dan hiperaktif

Ciri-ciri Autisme

Masalah komunikasi :
Tahap kefahaman bahasa adalah rendah dan tahap penggunaan bahasanya terbantut

interaksi sosial :
 Suka bersendirian

Pola bermain :
Melakukan tindakan yang bersama, leka bermaian dengan barang yang diminatinya, menunjukkan tingkah laku yang pelik

Ganguan deria :
Tidak suka dipegang, mempunyai ganguan telingga

Tingkah laku :
Pengulangan tingkah laku yang tidak bermatlamat, kurang menumpukan perhatian

Emosi :
Ketawa, marah dan menangis dengan tiba-tiba


                                   Ciri-ciri ADHD

Kurang tumpuan.
 Contoh : Tidak menumpukan perhatian,gagal mematuhi  arahan,pelupa

Hiperaktif.
Contoh  : Sering belari ke sana dan ke mari, tidak duduk

Impulsif. 
Contoh  Tidak sabar, selalu mengusik rakan, cenderung mengalami  kemalangan

GabungaN
Contoh : Masalah dalam ketiga-tiga kategori iaitu kurang tumpuan, hiperaktif dan implusif              






   tidakupayaan seseorang individu iaitu kecederungan neurologi sehingga menjejaskan kefungsian otak dalam

Wednesday, 17 September 2014

Mengenai Masalah Penglihatan

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamualaikum~~~


Apa khabar semua?? 

Dalam post yang lepas, kami telah menjelaskan mengenai Masalah Pendengaran. Kali ini, kami akan menjelaskan mengenai satu subtopik dalam Pendidikan Khas iaitu Masalah Penglihatan. 



Definisi~


Masalah penglihatan boleh dibahagi kepada dua iaitu
*      Hilang sebahagian penglihatan
*      Hilang penglihatan sepenuhya

Hilang sebahagian penglihatan berlaku apabila penglihatan tersebut mempunyai kecacatan sedikit atau kabur

Manakala hilang penglihatan sepenuhnya pula  terjadi apabila keseluruhan atau sebahagian sebelah mata mahupun kedua-dua belah mata terlampau teruk untuk berfungsi dengan sempurna. (Lowth, 2013)


Perkara ini boleh terjadi dengan atau tanpa kesakitan ,secara tiba-tiba mahupun berperingkat.









Ciri-ciri~

(rabun penglihatan):
1)
Miopia(rabun jauh)
:
*      Sukar untuk melihat benda jauh dengan jelas
*      Mengecilkan anak mata atau menyempitkan kelopak mata untuk melihat benda jauh
*      Mengerutkan kening dan muka
*      Buku dipegang terlalu dekat dengan mata
*      Kurang berminat permainan di luar rumah (Kalloniatis & Johnston, 1990 )

2)
Hipermetropia (rabun dekat)
:
*      Sakit kepala, pedih mata dan keletihan mata
*      Kesukaran untuk menumpu mengekalkan penglihatan yang jelas bagi benda yang dekat
*      Memegang bahan bacaan jauh daripada mata

3)
Astigmatisme
:
*      Mata tidak tahan dengan silauan cahaya
*      Tidak boleh berada di tempat panas dan cahaya yang tinggi
*      Pandangan berbayang-bayang dan tidak jelas
*      Ketidakselesaan mata (Kalloniatis & Johnston, 1990)

4)
Ambliopia
:
*      Tidak ada perkembangan pada mata
*      Penglihatan mata kabur
*      Tidak dapat melihat dengan jelas








(penglihatan terhad):
1)
Diplopia
:
*      Benda yang dipandang kelihatan ada dua

2)
Fotofobia
:
*      Pengeluaran air mata yang banyak
*      Mengalami kekejangan otot mata
*      Sering mengerlip kelopak mata

3)
Buta warna
:
*      Keliru dengan warna-warna tertentu (merah dengan hijau) (biru dengan kuning)
*      Tidak boleh melihat warna dengan terang

4)
Juling(strabismus)
:
*      Mata sebelah tegak, sebelah lagi ke dalam (esotropia)
*      Mata sebelah tegak, sebelah lagi ke luar (eksotropia)
*      Mata sebelah tegak, sebelah lagi ke atas (hipertropia)
*      Sebelah mata tegak, sebelah lagi ke bawah (hipotropia)





Keperluan bantuan~

  • Kaedah Braille:
  • Kaedah ini dapat membantu kanak-kanak bermasalah penglihatan menulis. Mereka akan menggunakan deria sentuh untuk memahami dan membaca nota-nota yang dicetak dalam tulisan Braille pada awal pengajaran. Sistem yang digunakan ialah satu sel yang terdiri daripada enam titik timbul 

  • Teknologi bantuan:
  • Antara teknologi bantuan yang direka khusus untuk kanak-kanak bermasalah penglihatan ialah alat penterjemahan Braille (Duxbury) dan perisian suara(Jaws). Aplikasi Jaws membolehkan mereka menggunakan telefon bimbit dan komputer riba seperti golongan normal. Semua alat bantuan bertujuan untuk membolehkan mereka menguasai teknologi komputer (Leat & Karadash, 1991)
  •  


  • Bahan dalam kelas:
  • Para guru hendaklah menyediakan bahan yang mempunyai tulisan yang besar untuk membolehkan kanak-kanak bermasalah penglihatan khususnya rabun untuk membaca. Mereka juga akan disediakan alat sokongan yang lain seperti kanta pembesar, bantuan membaca elektronik dan tongkat putih untuk memudahkan mobiliti.


Punca-punca berlaku~

*      jangkitan virus dan bakteria seperti melalui penyakit demam campak
*      kemalangan yang mencederakan bahagian mata
*      posisi membaca yang tidak betul (terlalu dekat atau terlalu jauh)
*      keturunan

Friday, 12 September 2014

Apakah itu MASALAH PENDENGARAN



Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum,,,

Post kali ni nak bincangkan pasal masalah pendengaran... mungkin da gk yg hnya sekadar tau mslh pndgrn ni hard hearing.. tapi nanti bila soalan xm tny apa definisi mnurut pndgn tokoh....ciri-ciri fizikal..punca berlaku masalah tersebut,..haaaa... terkebil2 nk jawab :P

ok...memandangkn masa itu emas... jom kita tambahkan ilmu dkt minda mengenai masalah ini.


~DEFINISI~



(Izz) memetik kata-kata Hallahan dan Kaufman(1991) yang menyatakan bahawa kanak-kanak bermasalah pendengaran ialah kanak-kanak yang tidak dapat mendengar pada satu tahap intensiti (kekuatan bunyi). 

manakala Mohd Zuri Ghani dan Aznan Che Ahmad. (2013) memetik kata-kata Safari Bari (1993) yang menyatakan bahawa dalam bidang perubatan, murid-murid bermasalah pendengaran dikategorikan mengikut tahap kehilangan pendengaran mereka.



Sensitiviti pedengaran adalah diukur dalam unit desibel(dB). Nilai  0dB ialah bunyi yang amat perlahan yang dapat didengari oleh orang yang mempunyai pendengaran normal. (Daniel P.Hallahan et.al., 2009)



~CIRI-CIRI FIZIKAL~

Menurut Aznan(2008), antara ciri fizikal bg individu bermasalah pendengaran ialah......

•Kurang memberi perhatian semasa di dalam kelas
•Percakapan yang janggal
•Tidak gemar melibatkan diri dalam aktiviti yang memerlukan kemahiran pertuturan
•Sering bertanya tugasan yang perlu dilakukan
•Memasang radio dengan kuat
•Duduk tepat di hadapan televisyen
•Gemar mencondong muka ke depan
•bergantung dengan rakan sekelas mengenai tugasan yang diberikan
•Sering mengadu sakit telinga
•Terdapat cecair yang keluar daripada telinga
•Pencapaian dalam pelajaran yang lemah terutama berkaitan dengan bahasa
•Berkomunikasi menggunakan bahasa isyarat
•Memakai alat bantuan pendengaran



~KEPERLUAN BANTUAN~


Bagi kanak-kanak bermasalah pendengaran, terdapat pelbagai bantuan yang dapat dilakukan untuk membantu kanak-kanak tersebut. Dari segi kaedah komunikasi, terdapat beberapa kaedah komuikasi untuk mereka seperti kaedah lisan auditori, bacaan bibir, bahasa isyarat, komunikasi seluruh dan pertuturan isyarat kiu. (Mohd Zuri Ghani, 2013)

1. Kaedah lisan auditori :


Ø  Cara ini menekan  proses mendengar dan bertutur. Murid-murid akan menggunakan alat bantuan pendengaran dan deria lihat. Mereka akan diajar kaedah bacaan bibir tanpa menggunakan bahasa isyarat. Kemahiran mendengar dan bertutur dapat melatih murid membezakan bunyi-bunyi yang berbeza

2  Kaedah bacaan bibir


Ø  Cara ini mengguna deria penglihatan sepenuhnya dan sesuai untuk individu yang dapat memberi tumpuan yang tinggi terhadap bibir penutur. Menurut John Tracy (2010), murid-murid pekak mendengar melalui mata. Kaedah ini memerlukan murid-murid bermasalah pendengaran melihat tepat ke arah bibir penutur agar dapat memahami maklumat yang disampaikan.

3.  Kaedah bahasa isyarat:
    • Murid-murid bermasalah pendengaran tetap menerima pendidikan seperti pelajar arus perdana. Mereka diajar dengan menggunakan bahasa isyarat. Bahasa isyarat merupakan satu kaedah yang memberi simbol tertentu menggunakan bentuk tangan agar dapat menyampaikan maksud yang tertentu


Isyarat huruf






Isyarat nombor



1      4. Kaedah komunikasi seluruh:
Ø  Kaedah ini menggabungkan isyarat jari, bacaan bibir, pertuturan dan implikasi auditori. Aspek penting dalam kaedah ini ialah isyarat jari dan pertuturan secara serentak.


2     5. Kaedah pertuturan isyarat kiu:
Ø  Kaedah ini membentuk isyarat tangan bagi menentukan bunyi-bunyian. Kiu akan ditunjukkan melalui bentuk-bentuk tangan. Bunyi perkataan akan ditentukan melalui kawasan tempat sesuatu bentuk tangan.


contoh isyarat kiu


3      6.  Alat bantuan pendengaran:
Ø  Murid-murid bemasalah pendengaran yang mempunyai sisa-sisa pendengaran memerlukan alat bantuan pendengaran untuk mendengar dengan lebih jelas. Ahli audiologi bertanggungjawab untuk menilai alat bantu dengar yang sesuai, membuat acuan telinga serta memberi pendedahan mengenai cara penggunaan dan penjagaan yang betul.





Implan koklea








~PUNCA BERLAKU~



Masalah pendengaran boleh terjadi daripada pelbagai faktor iaitu sebelum lahir, semasa lahir dan selepas lahir



a)
Sebelum lahir
:
*      Baka yang disebabkan oleh gen. Kajian menunjukkan kemungkinan anak-anak akan menghidap masalah pendengaran jika mereka mempunyai keluarga berlatar belakang masalah pendengaran

b)
Semasa lahir
:
*      Bayi yang dilahirkan tidak cukup bulan
*      Tempoh kelahiran yang lama

c)
Selepas lahir
:
*      Menghidap penyakit berjangkit seperti demam campak.
*      Kemalangan yang mencederakan bahagian telinga
*      Terdedah kepada bunyi yang kuat