Friday 12 September 2014

Apakah itu MASALAH PENDENGARAN



Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum,,,

Post kali ni nak bincangkan pasal masalah pendengaran... mungkin da gk yg hnya sekadar tau mslh pndgrn ni hard hearing.. tapi nanti bila soalan xm tny apa definisi mnurut pndgn tokoh....ciri-ciri fizikal..punca berlaku masalah tersebut,..haaaa... terkebil2 nk jawab :P

ok...memandangkn masa itu emas... jom kita tambahkan ilmu dkt minda mengenai masalah ini.


~DEFINISI~



(Izz) memetik kata-kata Hallahan dan Kaufman(1991) yang menyatakan bahawa kanak-kanak bermasalah pendengaran ialah kanak-kanak yang tidak dapat mendengar pada satu tahap intensiti (kekuatan bunyi). 

manakala Mohd Zuri Ghani dan Aznan Che Ahmad. (2013) memetik kata-kata Safari Bari (1993) yang menyatakan bahawa dalam bidang perubatan, murid-murid bermasalah pendengaran dikategorikan mengikut tahap kehilangan pendengaran mereka.



Sensitiviti pedengaran adalah diukur dalam unit desibel(dB). Nilai  0dB ialah bunyi yang amat perlahan yang dapat didengari oleh orang yang mempunyai pendengaran normal. (Daniel P.Hallahan et.al., 2009)



~CIRI-CIRI FIZIKAL~

Menurut Aznan(2008), antara ciri fizikal bg individu bermasalah pendengaran ialah......

•Kurang memberi perhatian semasa di dalam kelas
•Percakapan yang janggal
•Tidak gemar melibatkan diri dalam aktiviti yang memerlukan kemahiran pertuturan
•Sering bertanya tugasan yang perlu dilakukan
•Memasang radio dengan kuat
•Duduk tepat di hadapan televisyen
•Gemar mencondong muka ke depan
•bergantung dengan rakan sekelas mengenai tugasan yang diberikan
•Sering mengadu sakit telinga
•Terdapat cecair yang keluar daripada telinga
•Pencapaian dalam pelajaran yang lemah terutama berkaitan dengan bahasa
•Berkomunikasi menggunakan bahasa isyarat
•Memakai alat bantuan pendengaran



~KEPERLUAN BANTUAN~


Bagi kanak-kanak bermasalah pendengaran, terdapat pelbagai bantuan yang dapat dilakukan untuk membantu kanak-kanak tersebut. Dari segi kaedah komunikasi, terdapat beberapa kaedah komuikasi untuk mereka seperti kaedah lisan auditori, bacaan bibir, bahasa isyarat, komunikasi seluruh dan pertuturan isyarat kiu. (Mohd Zuri Ghani, 2013)

1. Kaedah lisan auditori :


Ø  Cara ini menekan  proses mendengar dan bertutur. Murid-murid akan menggunakan alat bantuan pendengaran dan deria lihat. Mereka akan diajar kaedah bacaan bibir tanpa menggunakan bahasa isyarat. Kemahiran mendengar dan bertutur dapat melatih murid membezakan bunyi-bunyi yang berbeza

2  Kaedah bacaan bibir


Ø  Cara ini mengguna deria penglihatan sepenuhnya dan sesuai untuk individu yang dapat memberi tumpuan yang tinggi terhadap bibir penutur. Menurut John Tracy (2010), murid-murid pekak mendengar melalui mata. Kaedah ini memerlukan murid-murid bermasalah pendengaran melihat tepat ke arah bibir penutur agar dapat memahami maklumat yang disampaikan.

3.  Kaedah bahasa isyarat:
    • Murid-murid bermasalah pendengaran tetap menerima pendidikan seperti pelajar arus perdana. Mereka diajar dengan menggunakan bahasa isyarat. Bahasa isyarat merupakan satu kaedah yang memberi simbol tertentu menggunakan bentuk tangan agar dapat menyampaikan maksud yang tertentu


Isyarat huruf






Isyarat nombor



1      4. Kaedah komunikasi seluruh:
Ø  Kaedah ini menggabungkan isyarat jari, bacaan bibir, pertuturan dan implikasi auditori. Aspek penting dalam kaedah ini ialah isyarat jari dan pertuturan secara serentak.


2     5. Kaedah pertuturan isyarat kiu:
Ø  Kaedah ini membentuk isyarat tangan bagi menentukan bunyi-bunyian. Kiu akan ditunjukkan melalui bentuk-bentuk tangan. Bunyi perkataan akan ditentukan melalui kawasan tempat sesuatu bentuk tangan.


contoh isyarat kiu


3      6.  Alat bantuan pendengaran:
Ø  Murid-murid bemasalah pendengaran yang mempunyai sisa-sisa pendengaran memerlukan alat bantuan pendengaran untuk mendengar dengan lebih jelas. Ahli audiologi bertanggungjawab untuk menilai alat bantu dengar yang sesuai, membuat acuan telinga serta memberi pendedahan mengenai cara penggunaan dan penjagaan yang betul.





Implan koklea








~PUNCA BERLAKU~



Masalah pendengaran boleh terjadi daripada pelbagai faktor iaitu sebelum lahir, semasa lahir dan selepas lahir



a)
Sebelum lahir
:
*      Baka yang disebabkan oleh gen. Kajian menunjukkan kemungkinan anak-anak akan menghidap masalah pendengaran jika mereka mempunyai keluarga berlatar belakang masalah pendengaran

b)
Semasa lahir
:
*      Bayi yang dilahirkan tidak cukup bulan
*      Tempoh kelahiran yang lama

c)
Selepas lahir
:
*      Menghidap penyakit berjangkit seperti demam campak.
*      Kemalangan yang mencederakan bahagian telinga
*      Terdedah kepada bunyi yang kuat



0 comments:

Post a Comment