Jom Belajar ..! ^_^

"Jika kamu inginkan dunia hendaklah dengan ilmu,jika kamu inginkan akhirat hendaklah dengan ilmu,dan jika kamu inginkan kedua-duanya juga hendaklah dengan ilmu." (Imam Syafie)

Pembelajaran

Pembelajaran merupakan hak setiap insan termasuk kanak-kanak pendidikan khas

I.L.M.U.

"Apabila anak Adam (manusia) itu meninggal dunia maka terputuslah segala amalnya kecuali tiga iaitu sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat atau anak soleh yang mendoakannya." (Riwayat Muslim)

Ukhuwah Lillah ^__^

"Sesungguhnya orang-orang mu'min adalah bersaudara kerana itu damaikanlah antara kedua saudaramu dan bertakwalah kepada Allah supaya kamu mendapat rahmat." (Al-Quran; Surah al-Hujurat, ayat 10)

Showing posts with label kemahiran belajar. Show all posts
Showing posts with label kemahiran belajar. Show all posts

Thursday, 18 September 2014

Teknik Membaca

Assalamualaikum..^-^

Alhamdulillah..pada malam ini saya diberi lagi masa dan ruang untuk menulis blog. Pada kali ini saya ingin berkongsi sedikit ilmu yang telah saya pelajari iaitu teknik membaca.

Kemahiran membaca seharusnya tidak dipandang remeh oleh pelajar. Kemahiran yang betul dapat meningkatkan pemahaman dengan lebih berkesan. Oleh itu, kita sebagai pelajar khususnya perlu mengetahui teknik membaca yang betul kerana kemahiran ini amat penting dalam proses pembelajaran.


                                                  http://www.anuar2u.com/tips%20belajar.htm


Proses membaca boleh dibahagikan kepada 2 bahagian utama iaitu:

  1. Bacaan secara cepat
  • Skimming
  • Scanning
   2. Bacaan secara perlahan

  • KWLH
  • SQ3R
Pembacaan Cepat
1. Skimming (luncuran)
- Skimming adalah kemahiran membaca untuk mendapatkan maklumat secara ringkas dan pantas mengenai sesuatu maklumat.
- Lazimnya cara ini digunakan untuk mencari isi kandungan, tajuk, rumusan serta bibliografi.
- contohnya, apabila kita membaca surat khabar tentunya kita tidak akan membaca perkataan demi perkataan., sebaliknya kita akan melakukan imbasan terhadap petikan yang terdapat di dalam surat khabar tadi.
- Skimming amat berguna kepada pelajar terutama ketika pelajar ingin mencari informasi melalui internet.
- Antara strategi yang boleh dilakukan semasa skimming:
  • Pelajar boleh membaca tajuk, sub-tajuk atau melihat gambar rajah.
  • Pelajar boleh membaca perenggan pendahuluan dan penutup sesuatu teks.
  • Membaca hanya ayat pertama bagi setiap perenggan. Biasanya ayat pertama ini memberi idea utama yang ingin disampaikan oleh penulis.
2. Scanning (Imbasan)
- Imbasan ialah kemahiran membaca untuk mendapatkan maklumat yang lebih mendalam daripada skimming.
- membaca pendahuluan dan rumusan secara mendalam, membaca kandungan bab dengan pantas sambil mencatat kata kunci dan konsep yang dinyatakan.
- scanning adalah satu langkah awal bacaan kerana melalui cara ini pelajar boleh mengetahui istilah-istilah baru dan seterusnya mencari maknanya dalam kamus dan menjimatkan masa ketika membuat pembacaan sebenar.
-Hal ini dapat membantu pelajar membuat keputusan dalam menentukan tahap kepentingan sesuatu istilah, konsep dan bahagian dalam buku teks mahupun buku rujukan yang memerlukan perhatian khusus ketika membuat ulang kaji pelajaran.

Pembacaan Perlahan

1. Bacaan intensif / KWLH
- Bacaan intensif adalah kemahiran membaca untuk mendapatkan maklumat secara terperinci.
-Selalunya teknik bacaan ini mengambil masa yang lebih panjang untuk memahami maksud sesebuah teks tersebut.
  • K (know)- apa yang diketahui
  • W (want)- apa yang hendak diketahui
  • L ( learned)- apa yang hendak dipelajari semasa membaca bahan bacaan
  • H ( how)- tambahan maklumat berkenaan tajuk yang dibaca
- Tujuan bacaan secara intensif adalah semata-mata untuk mendapatkan semua maklumat dengan mendalam dan catatan perlu dibuat untuk mengumpulkan maklumat.

2. SQ3R ( Survey, Question, Read, Recite, Review)
- Teknik membaca ini meminta pembaca membuat analisis mendalam tentang bahan yang dibaca.
-Langkah-langkah membaca:
  • Lihat tajuk utama sepintas lalu bagi melihat idea keseluruhan
  • tukar tajuk utama menjadi soalan
  • baca keseluruhan bahagian bagi mendapatkan jawapan
  • selepas membaca petikan, susun idea dan isi penting dengan bimbingan guru
  • menyebut tajuk utama bagi setiap bahagian perenggan melalui ingatan bagi menjawab soalan.

Berikut sedikit panduan kepada anda untuk mendapatkan kesan pembacaan yang maksimum.
  1. membaca secara berhati-hati
  2. membaca secara menyeluruh
  3. membaca secara berulang-ulang
  4. membaca dalam suasana yang selesa
  5. membaca secara berperingkat.

Berdasarkan post kali ini diharap adik-adik sekalian mendapat input yang berguna serta dapat mengaplikasikan teknik membaca ini di dalam pelajaran. Kebolehan membaca sangat penting kerana membaca dianggap sebagai asas utama bagi mencapai kejayaan.

Terima kasih..~

Rujukan:

Syed Ismail Syed Mustapa, Ahmad Subki Miskon, Aliza Adnan. (2014). Kemahiran Belajar. Kuala Lumpur: Multimedia Sdn.Bhd.




Kemahiran Membuat Nota

Assalamualaikum dan Salam sejahtera 



Hai semua, hai adik-adik, hai warga blog, hai pembaca semua....
Kita semua ada impian kan, impian apa? mestilah nak berjaya. Kadang-kadang tu kita tertanya-tanya, dia ni tak study pon, tapi berjaya.. aku study sampai tak sempat nak manja-manjakan badan ni, tapi dapat sikit je markah, wah timbul rasa stress ! jelous pon ada.. bila dah masuk ipg, oohhh macam ni rupanya nak belajar, ada cara.. haaa,,. jagan terkejut, ingat nak buat kuih je ke ada cara? belajar pon ada cara juga taw. haha,. untung juga belajar kemahiran belajar ni. huhu.. ni nak share sikit kemahiran mengambil dan membuat nota.

Cara-cara membuat nota

1. Annotation
 
   Annotation ni adalah catatan nota untuk memberi penjelasan dalam bentul penerangan ringkas. mengenai sesuatu kerja seperti artikel, bab buku, buku, laman web atau filem, Penjelasan ni mestilah mempunyai maklumat biblografi lengkap. Annotation ni juga boleh dibuat dengan menggariskan fakta, menandakan isi penting, menggunakan highlight, dan boleh juga menggunakan pelekat.

2. Outline Notes

   Maksud outline notes ni ialah frasa dan kata kunci

3. Column Notes

  Adalah cara mengambil nota menggunakan format berbentuk lajur. Teknik ni lebih sesuai bagi  sunjet Sains dan Matematik.

4. Nota rumusan

  Nota rumusan ni bermaksud nota yang mempunyai semua maklumat yang telah diringkaskan dan ditulis dalam perenggan. Rumusan ini lebih fokuskan kepada isi penting.



Nak nota nampak menarik? tak jemu baca.. gunalah alat-alat berfikir dalam membuat nota.. Contohnya :

1. Pengurusan grafik
2. Peta minda, Ada 5...

     1. Peta minda jenis pokok
     2. Peta minda jenis alir
     3. Peta jenis kitaran
     4. Peta minda jenis cabang
     5. Peta jenis tulang ikan

3. Pemetaan i-THINK.. Ada 8...

   1. Peta bulatan
   2. Peta buih
   3. Peta buih berganda
   4. Peta pokok
   5. Peta dakap
   6. Peta alir
   7. Peta pelbagai alir
   8. Peta titu

dengan cara mengaplikasikan nota menjadi alat-alat berfikir ni, kita lebih faham dan cepat ingat apa yang telah kita buat. Selamat mencuba  :)


Rujukan daripada Buku Kemahairan Belajar yang ditulis oleh Syed Ismail Syed Mustapa, Ahmad Subki Miskon, Aliza Adnan.


Saturday, 9 August 2014

PERSEKITARAN PEMBELAJARAN DI IPG

PERSEKITARAN PEMBELAJARAN DI IPG..

Assalamualaikum dan selamat petang kawan-kawan. Hujung minggu ni buat apa kawan-kawan??Kalau pelajar IPG mesti tengah sibuk buat assignment masing-masing kan?^_^.. Pada hari ini kami akan kongsikan tentang persekitaran dan budaya pembelajaran di IPG.



http://ipgipoh.info/takwim/index.php?option=com_content&view=article&id=129&Itemid=79


Seperti mana yang diketahui oleh semua,,

Institut Pendidikan Guru yang dahulunya dikenali sebagai maktab perguruan merupakan sebuah institusi pendidikan yang melatih bakal-bakal guru. Bakal guru ini terdiri daripada pelajar Kursus Perguruan Lepasan SPM (KPLSPM), Khusus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI), Khusus Dalam Cuti (KDC), Khusus dalam Perkhidmatan (KDP), Program Pensiswazahan Guru (PPG) dan Khusus Pendek Kelolaan Institut (KPKI).

Pelajar KPLSPM yang dipilih oleh Bahagian Pendidikan Guru (BPG) untuk kemasukan ke IPG ini telah dipilih berdasarkan beberapa temuduga dan ujian. Pelajar KPLSPM yang lulus peringkat persediaan sahaja akan ditawarkan untuk menyambung Ijazah Sarjana Muda Perguruan di IPG.

Persekitaran dan budaya pembelajaran di IPG adalah jauh berbeza dengan situasi yang anda pernah alami ketika berada di alam persekolahan. Persekitaran di IPG adalah suatu jenama untuk membentuk dan melahirkan guru yang mengamalkan dimensi budaya seperti yang berikut:


  1. BUDAYA ILMU 
  • Pembelajaran sepanjang hayat
  • Berilmu pengetahuan yang luas, mendalam dan terkini (syumul)
  • Menguasai, mengamal, menghayati dan berkongsi ilmu
  • Menjana, mencetus, mengembang dan menyumbang ilmu
  • Mengamalkan penyelidikan
    2. BUDAYA KEPIMPINAN
  • Kebolehan membuat keputusan 
  • Pemikiran reflektif
  • Berupaya menyelesaikan masalah
  • Menjadikan pembelajaran sebagai keutamaan 
  • Mewujudkan komuniti belajar sepanjang hayat
  • Menyediakan pelbagai cara untuk mentafsir dan menilai pembelajaran
  • Menyediakan sumber dan sistem untuk membantu dan menyokong pembelajaran
  • Kesetiaan kepada organisasi
  • Menepati masa, cekap, tepat dan mematuhi prosedur
  • Menitikberatkan kerja sepasukan dala, menjayakan aktiviti organisasi
   3. BUDAYA AKHLAK DAN MORAL
  • Sentiasa bersyukur
  • Merendah diri (tawaduk)
  • Redha dengan qada dan qadar
  • Taqwa
  • Ikhtiar dan doa
  • Mematuhi etika
   4. BUDAYA PENYAYANG
  • Keprihatinan dengan makhluk
  • Sayang diri, keluarga dan masyarakat
  • Sayang akan profesion
  • Sayang akan alam sekitar
  • Sayang akan warga dan organisasi
  • Sayang akan negara
  • Kesihatan dan Kecergasan fizikal
  • Kematangan emosi
  • Ketenangan rohani dan bertaqwa
  • Keterbukaan minda, positif, matang dan rasional
  • Persekitaran mesra
   5. BUDAYA ESTETIKA


  • Kehalusan budi
  • Keunggulan peribadi
  • Kesempurnaan kerja
  • Keindahan kebudayaan dan bangsa
  • Keindahan persekitaran
Itulah diantara serba sedikit nilai yang dapat dipupuk apabila kita berada di IPG..Jadi, kepada adik-adik lepasan SPM yang berminat hendak menjadi guru bolehlah memohon untuk sambung belajar di IPG..
Setakat ini sahaja coretan yang dapat kami kongsikan pada petang ini.

Terima kasih kerana sudi membaca blog kami ~ 

Sumber rujukan: Buku Kemahiran Belajar (edisi kedua)
Pengarang: Syed Ismail Syed Mustapa, Ahmad Subki Miskon, Aliza Adnan.