Jom Belajar ..! ^_^

"Jika kamu inginkan dunia hendaklah dengan ilmu,jika kamu inginkan akhirat hendaklah dengan ilmu,dan jika kamu inginkan kedua-duanya juga hendaklah dengan ilmu." (Imam Syafie)

Pembelajaran

Pembelajaran merupakan hak setiap insan termasuk kanak-kanak pendidikan khas

I.L.M.U.

"Apabila anak Adam (manusia) itu meninggal dunia maka terputuslah segala amalnya kecuali tiga iaitu sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat atau anak soleh yang mendoakannya." (Riwayat Muslim)

Ukhuwah Lillah ^__^

"Sesungguhnya orang-orang mu'min adalah bersaudara kerana itu damaikanlah antara kedua saudaramu dan bertakwalah kepada Allah supaya kamu mendapat rahmat." (Al-Quran; Surah al-Hujurat, ayat 10)

Showing posts with label integriti. Show all posts
Showing posts with label integriti. Show all posts

Monday, 22 September 2014

Akauntabiliti Seorang Guru

Assalamualaikum..

Alhamdulillah kita berkesempatan lagi untuk bersua pada kali ini.. Hari ini kami ingin berkongsi ilmu berkaitan dengan integriti. Perkataan integriti sudah semakin sinonim didengari oleh masyarakat pada hari ini terutama sekali dalam kalangan warga pendidik. Sebagai seorang guru, integriti adalah salah satu budaya yang sangat penting untuk diamalkan.

Oleh itu, pada hari ini kami ingin berkongsi ilmu yang dipetik daripada sebuah blog yang membincangkan tentang sejauh mana akauntibiliti kita sebagai seorang pendidik.

Berikut adalah petikan yang dipetik daripada blog gurukaliber:


Andai kata seorang doktor tersilap memberikan ubat kepada seorang pesakitnya, implikasinya mungkin kepada seorang pesakitnya itu sahaja. Andai kata seorang pendidik tersilap menyampaikan ilmunya ataupun tersalah menunjukkan teladan yang mulia kepada pelajarnya, impaknya mungkin kepada seluruh generasi mendatang. Tegarkah kita melihat generasi cucu-cicit kita tenggelam dalam kecelaruan moral dan penghidupan akibat perbuatan kita sendiri.

Tidak dinafikan pendidikan merupakan salah satu komponen atau asas penting yang boleh menjadi wahana kepada pencapaian matlamat membina masyarakat Malaysia yang berintegriti, bermoral dan beretika. Falsafah Pendidikan Negara secara jelas menggariskan matlamat untuk membentuk insan yang seimbang dan harmonis dari aspek intelek, rohani, emosi dam jasmani. Falsafah ini kemudiannya diterjemahkan dalam sistem pendidikan negara dengan pelbagai strategi dan pendekatan.

Hari ini, pendidikan tidak lagi sekadar untuk mencelikkan mereka yang buta huruf dan buta angka, tetapi turut berperanan untuk mencelikkan anak-anak kita yang buta IT, buta jati diri, buta budaya, buta nilai, budi bahasa dan adab sopan. Pendidikan tidak mencukupi untuk sekadar menyiapkan anak-anak kita dengan ilmu pengetahuan yang berbentuk teori semata-mata, tetapi berkehendakkan anak-anak kita mempunyai kemampuan berfikir di luar kotak, kemahiran yang bersifat `hands on’ serta kemahiran interpersonal yang tinggi bagi menjamin keboleh pasaran (marketability) serta kebolehan hidup bermasyarakat.

Dalam teras Memperkasa Sekolah Kebangsaan, integriti disentuh dalam konteks amanah kepimpinan sekolah, guru, ibu bapa dan pelajar bagi mewujudkan sekolah yang cemerlang, beraspirasi nasional dan yang mempunyai persekitaran kondusif kepada setiap warganya. Dalam teras Merapatkan Jurang Pendidikan, integriti merupakan asas kepada kecekapan sistem penyampaian bantuan dan pembelaan terhadap golongan yang miskin, berkeperluan khas dan yang tinggal di lokasi yang lebih terkebelakang dan terpencil. Dalam teras Memartabatkan Profesion Keguruan, integriti merupakan dorongan dalaman agar guru melaksanakan amanah mendidik anak bangsa sebaik-baiknya serta berusaha meningkatkan keupayaan diri.

Penerapan nilai integriti bukan sahaja melalui kurikulum semata-mata, kokurikulum juga bertindak sebagai agen ke arah pembentukan nilai integriti. Ia dilakukan melalui pelaksanaan pelbagai aktiviti persatuan dan pasukan pakaian seragam yang mendedahkan pelajar dengan amalan-amalan serta sifat-sifat murni seperti jujur, ikhlas, dan amanah yang menjurus kepada pemupukan integriti dalam diri mereka.

Menyedari bahawa pentadbir sekolah dan guru-guru merupakan penentu utama kepada kejayaan usaha melahirkan generasi muda yang berintegriti, KPM juga telah berusaha menerapkan elemen-elemen integriti di dalam kursus-kursus kepimpinan dan latihan keguruan. Misalnya, dalam Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI), pelatih didedahkan dengan elemen integriti melalui topik Pendidikan Negara Bangsa Malaysia, manakala bagi Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (PISMP), melalui topik Tatanegara dan Sivik Kewarganegaraan. Kepentingan amalan integriti turut diterapkan melalui Program Bina Insan Guru. Paling penting, elemen integriti disebut sebagai salah satu elemen yang perlu diamalkan oleh para pendidik di dalam buku ‘Budaya IPG’. Penerapan nilai-nilai integriti dalam jiwa pendidik amat penting bagi memastikan warga pendidik sentiasa menjalankan tugas dengan bersistematik, berintegriti dan membina kerja cemerlang yang luhur sekali gus mampu membentuk keperibadian pelajar yang berintegriti.

Kita perlu memperakui bahawa nilai murni, ketelusan, akauntabiliti dan etika amat penting diamalkan demi melonjakkan kecemerlangan masyarakat dan negara pada masa depan. Kita tidak boleh menafikan bahawa sistem pendidikan yang berkesan merupakan tonggak utama dalam mewujudkan masyarakat Malaysia yang berintegriti. Oleh itu, tanggungjawab ini tidak boleh diletakkan  atau dipertanggungjawabkan kepada warga pendidik semata-mata, tetapi ia memerlukan penglibatan semua pihak.


Kesimpulan yang dapat dibuat adalah nilai integriti haruslah dipupuk di dalam diri setiap orang guru pelatih dari awal agar nilai ini sentiasa disemai di dalam diri dan sentiasa diaplikasikan dalam kehidupan.

Sekian terima kasih..^-^



kredit: http://gurukaliber.blogspot.com

Integriti untuk semua

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca,

Integriti sangat penting dalam kehidupan kita dan kejayaan kita. Integriti seharusnya dipupuk pada setiap individu. Pada kali ini, saya ingin berkongsi ilmu kepada pembaca. Ilmu ini telah saya ambil daripada blog lain.


MENINGATKAN INTEGRITI DIRI



Sejak dilancarkan pada April 2004, Pelan Integriti Nasional (PIN) telah menjadi satu agenda dan gerakan peringkat Nasional di Malaysia. Sejak itu, telah banyak program digerakan dikalangan rakyat, terutama penjawat awam. Integriti telah menjadi asas kepada pembentukan sebuah negara maju dengan nilai dan acuan kita sendiri.

Dalam sebuah negara yang memiliki masyarakat majmuk, adalah wajar bagi pihak pemerintah mempunyai suatu dasar umum untuk membangunkan masyarakatnya. Suatu dasar yang dapat diterima oleh semua masyarakatnya yang terdiri dari pelbagai agama dan kepercayaan. Namun, disebalik kepelbagaian kepercayaan dan anutan itu, kita boleh satukan nilai-nilai murni yang bersifat universal dan dapat diterima oleh semua golongan. Bagi umat Islam, kita mahu tingkatkan integriti masyarakat melalui kaedah dan pendekatan Islam. Bagi masyarakat Buddha dan Hindu atau Kristian, mereka tentunya lebih selesa dengan pendekatan agama mereka sendiri.

Agama bukan penghalang kemajuan. Semua sejarah tamaddun manusia telah dibangunkan melalui keyakinan dan nilai-nilai agama anutan mereka sendiri. Oleh itu, tidak salah bagi masyarakat majmuk Malaysia yang diberi hak dan peluang untuk mengamalkan agama masing-masing membangun dengan nilai-nilai agama mereka sendiri, disamping menerima Islam sebagai agama rasmi negara. Hal ini adalah selaras dengan prinsip rukun negara kita sendiri iaitu “Percaya Kepada Tuhan”.

Dalam hal in, kita sangat mengharapkan agar pihak pemerintah dapat melahirkan modul-modul yang sesuai untuk diterima pakai oleh masyarakat kita dalam membangun dan meningkatkan integriti diri. Sudah tiba masanya para ulamak dan cerdik pandai Islam kita diajak bersama dalam merumuskan dasar nasional dengan pendekatan yang baru ini. Kalau selama ini, pendekatan kita kepada konsep fardhu air dan kifayah sahaja. Kini tuntutannya lebih luas lagi. Kita mahu melahirkan insan-insan yang memiliki ‘multi talented’ dengan kekuatan agama dengan nilai-nilai kerohaniannya. Semoga sejarah dan semangat kegemilangan umat terdahulu dapat dihidupkan kembali. Sama-samalah kita tunggu..

Sebagai insan dan rakyat bawahan biasa, semua orang berhak menyuarakan pendapat dan buah fikiran mereka sendiri. Apatah lagi dalam dunia era blog kini, kita boleh memberi pandangan kita sekiranya kita mempunyai pandangan dan kemampuan tersendiri.

Bagi saya, masalah negara bermula dengan diri kita sendiri. Sejarah dunia Islam lahir dari insan-insan muslim yang berwibawa. Sekiranya kita mahu mengembalikan sejarah keagungan kita, kita perlu kembali kepada asas kekuatan yang ada pada zaman keagungan tersebut. Asas Islam mudah dan ringan. Ia bermula dengan diri sendiri. Setiap orang harus bangkit menjadi model kepada orang sekelilingnya. Setiap orang adalah pemimpin, dan dia bertanggungjawab kepada kepimpinannya. Setiap orang adalah model yang baik.

Dalam latihan membangun dan meningkatkan integriti umat, kita juga harus menumpukan dari yang asas dan diikuti dengan yang lain. Setiap orang perlu dilatih untuk mengurus dan memimpin dirinya sendiri. Perkara asas yang telah ditekankan oleh Rasulullah dalam membangunkan umat terdahulu ialah mengajar dua perkara asas iaitu:- 1) jaga makan dan 2) jaga tidurnya. Sekiranya dua perkara asas ini dapat dijaga, diurustadbir keatas diri sendiri dengan baik dan berkesan, maka lahirkan sifat-sifat yang hebat untuk membangun menjadi insan yang hebat pula. Insya Allah kita bincang di lain kesempatan.




Diambil daripada http://blog.zakariamohamad.com/motivasi/meningkatkan-integriti-diri/

Etika Berpakaian

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamualaikum...

apa khabar semua? hari ini kami akan berkongsi mengenai etika berpakaian yang sewajarnya menjadi panduan kepada semua penjawat awam.

Dewasa ini, lambakan fesyen di pasaran sering membuat kita ingin memperagakan sesuatu benda/pakaian itu di sekolah/pejabat/dll. Namun,adakah pakaian 2 mahupun benda tersebut dibenarkan oleh pihak kerajaan?

Adakah pemakaian jubah dibenarkan? Flat shoe? Skirt atas paras lutut? Mewarnakan rambut?

Ayuh kita pelajari semula etika berpakaian yang sebenarnya.



Untuk golongan Adam, terdapat beberapa pakaian yang dibenarkan antaranya ialah

  • lounge suit
    • kot + seluar panjang
    • sut perlu dipadankan dengan baju lengan panjang dan tali leher
    • warna yang digalakkan adalah hitam




  • kemeja
    • kemeja berkolar dan berlengan panjang-hendaklah dibutangkan
    • tuck-in dan lengan tidak dilipatkan
    • warna digalakkan ialah warna pastel
    • kemeja berjalur hendaklah dipadanakan dengna tali leher kosong atau sebaliknya
    • lebar kolar hendaklah sesuai





  • tali leher
    • Ikatan tali leher yang sesuai adalah simpul tiga
    • Kedudukan pin tali leher -> tengah saku baju. 
    • lounge suit ->tempat pin yang sesuai ialah searas atas saku baju
    • Pocket handkerchief hendaklah dipadankan dengan corak yang sama
    • hujung tali leher seeloknya mencecah bahagian buckle tali pinggang



  • pakaian kebangsaan/tradisional
    • baju Melayu, 
      • baju Melayu yang lengkap dengan samping,songkok hitam dan berbutang
      • tidak dibenarkan memakai dengan seluar berlainan warna/jenis atau dengan selipar

  • baju batik
    • wajib dipakai setiap hari Khamis
    • batik bercirikan Malaysia
    • digalakkan semasa menghadiri urusan rasmi di luar negara








untuk kaum Hawa pula, etika berpakaian yang sesuai ialah

  • lounge suit
    • kot + skirt paras lutut/skirt labuh
    • sut dipakai dengan kemeja lengan panjang atau memakai cuff link
    • kot + skirt sepadan dari segi warna dan bahan
    • warna yang digalakkan adalah hitam




  • pakaian kebangsaan/tradisional
    • baju kurung, baju Kebaya, sari, Ceongsam, Set Punjabi
    • dipakai mengikut keselesaan
    • tidak terlalu ketat
    • set Punjabi,sari dan Ceongsam yang bersesuaian


  • baju batik
    • wajib dipakai setiap hari Khamis
    • batik bercirikan Malaysia
    • digalakkan semasa menghadiri urusan rasmi di luar negara






dari aspek kasut pula...

  • lelaki
    • bersih dan berkilat
    • Bertumit (0.5” – 1.0”)
    • Bertutup
    • berwarna gelap
    • bahan dari kulit/PVC
    • stoking yang sesuai




  • wanita
    • Bertumit (1.5” – 2.0”)
    • bertutup dan berwarna gelap
    • bahan daripada kulit/PVC
    • stoking yang sesuai







kredit : etika berpakaian



Thursday, 18 September 2014

Integriti

Bismillahirrahmanirrahim,

Assalamualaikum...

Sering kali kita terdengar perkataan integriti. Namun, sejauh manakah kita memahami, menghayati dan mengaplikasi integriti dalam kehidupan seharian kita.
Terdapat sesetengah insan yang sanggup mengetepikan integriti dalam kehidupan mereka. perkara ini menyebabkan berlakunya masalah sosial dalam masyarakat yang umpama duri dalam daging seperti rasuah, plagiat, mencuri dan pelbagai lagi.

Maksud integriti
Menurut Wikipedia, Integriti sebenarnya berasal dari istilah bahasa Inggeris yang membawa erti keutuhan dari semua segi yang baik. Dalam bahasa Melayu, ia biasanya menjurus kearah perwatakan seseorang.
 Maksud integriti mengikut Kamus Dewan edisi keempat ialah kejujuran dan ketulusan; kesempurnaan; keutuhan.
Dari maksud yang didapati dari Kamus di atas, integriti adalah sifat jati diri yang merangkumi juga keikhlasan, keterbukaan, ketelusan, amanah, benar, berpegang kepada prinsip, tidak mudah dipengaruhi, boleh dipercayai, boleh pegang cakapnya, dll.



Integriti mengikut peringkat

Dalam tahap peringkat individu, integriti ialah keselarasan antara tindakan dengan prinsip etika,undang-undang serta keselarasan antara kepentingan diri dengan kepentingan umum. Pada peringkat organisasi pula, integriti terkandung dalam perumusan dan perlaksanaan kod etika piagam pelanggan serta sistem kerja serta pematuhan kepada amalan terbaik. Kod etika tersebut akan diulang dan dihayati oleh anggota organisasi berkenaan sehingga menjadi kebiasaan dan akhirnya menjadi budaya organisasi. Manakala integriti bagi penjawat awam pula, integriti bermaksud melaksanakan amanah dan kuasa yang diberi oleh kerajaan untuk kepentingan umum. Penjawat awam tersebut tidak boleh menyalahgunakan dan menyelewengkan kuasa yang diamanahkan untuk kepentingan diri, keluarga, saudara mara dan kaum kerabat. Oleh itu, penjawat awam perlulah tulus dan jujur dalam memikul amanah terhadap majikan, anak buahnya dan pihak lain.





Minggu Integriti di IPGKIK





IPG Kampus Ilmu Khas,Kuala Lumpur akan mengadakan Minggu Integriti bermula 22 hingga 25 September 2014.  Tujuan program ini adalah untuk memberri kefahaman yang lebih jelas mengenai nilai integriti dalam institusi pendidikan dan seterusnya membudayakan amalan integriti dalam kehidupan. Selain itu, minggu Integriti ini juga bertujuan memastikan semua warga pendidik mempunyai kefahaman yang jelas tentang nilai integriti dan menggerakkan aktiviti integriti dalam institusi pendidikan serta membudayakan amalan integriti dalam kehidupan seharian.
Beberapa acara pertandingan telah diadakan sempena Minggu Integriti ini antaranya ialah Pertandingan Blog, Pertandingan Fotografi, Pertandingan Melukis, Elocution Speech dan juga Pertandingan Ekplorasi Integriti 2014.

Kesimpulannya, integriti haruslah sentiasa disemai dalam jiwa setiap warganegara Malaysia dan sentiasa diamalkan agar Malaysia mempunyai rakyat yang sentiasa mengaplikasikan integriti dalam kehidupan. Ingatlah, integriti mencerminkan perlakuan kita.







p/s : video2 mengenai integriti boleh disaksikan pada menu VIDEO yang disediakan ^^