بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
Assalamualaikum.. ^^
Apa khabar semua? Syok x beraya tahun ni?... jgn lupa puasa 6 dlm bulan Syawal ni ea..
Hari ni kami akan kongsikan sejarah perkembangan Pendidikan Khas di Malaysia ..
Pendidikan khas telah bermula di Malaysia sejak awal tahun 1920-an di kalangan sukarelawan yang membuka sekolah-sekolah untuk pelajar bermasalah atau kurang upaya penglihatan dan pendengaran.
Berikut disediakan kronologi sejarah pendidikan khas di Malaysia yang merangkumi masalah penglihatan, masalah pendengaran dan masalah pembelajaran.
Pendidikan Masalah Penglihatan
Tahun
|
Keterangan
|
1926
|
Penubuhan Sekolah Rendah (SRPK) St. Nicholas oleh gereja Anglican di Melaka
|
1931
|
SRPK St. Nicholas Berpindah ke Pulau Pinang
|
1948
|
Penubuhan Sekolah berasrama SRPK Princess Elizabeth di Johor Bahru oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat
|
1962
|
Perlaksanaan Rancangan Percantuman(integrasi) bagi pendidikan kanak-kanak cacat penglihatan disekolah rendah dan menengah biasa yang dipilih
|
1963
|
Rancangan percantuman bagi pendidikan kanak-kanak cacat penglihatan di sekolah rendah dan menengah biasa yang dipilih, diperkenalkan
|
1977
|
Permulaan Latihan perguruan Khas dalam bidang cacat penglihatan di Maktab Perguruan Ilmu Khas, Cheras
|
1978
|
Penubuhan Jawatankuasa Utama Pembentukan Kod Braille Bahasa Melayu untuk mengembangkan Sistem Kod Braille Bahasa Melayu
|
1983
|
Pembukaan Sekolah Menengah Berasrama Cacat Penglihatan Setapak
|
1983
|
Pengambil alihan SRPK Princess Elizabeth oleh Kementerian Pelajaran sebagai sekolah bertaraf penuh
|
1984
|
Penubuhan Jawatankuasa Kod Braille AI-Quran dan Bengkel Penulisannya bagi tujuan mengembangkan Sistem Kod Braille AI-Quran
|
1984
|
Penubuhan Unit Perintis Penerbitan dan Percetakan Braille/Kerabunan, Kementerian Pendidikan untuk menyediakan bahan-bahan dalam braille khususnya buku teks dan penyenggaraan alatan braille
|
Pendidikan Masalah Pendengaran
Tahun
|
Keterangan
|
1954
|
Pembukaan kelas pendidikan di Jalan Northam, Pulau Pinang
|
1954
|
Pembukaan Sekolah Kanak-Kanak Pekak Perseketuan( Rendah Dan Menengah ), Tanjong Bunga, Pilau Pinang.
|
1963
|
Pembukaan kelas pendidikan khas Rancangan Percantuman Cacat Pendengaran oleh Kementerian Pelajaran di sekolah rendah dan menengah biasa.
|
1978
|
Pengenalan Kaedah Komunikasi Seluruh oleh Kementerian Pendidikan untuk menggubal sistem Bahasa Melayu Kod Tangan
|
1979
|
Kursus Dalam Perkhidmatan bagi guru-guru yang mengajar masalah pendengaran dalam Bidang Komunikasi Seluruh 1984 Penubuhan Jawatankuasa Kebangsaan Kurikulum Sekolah Menengah Pendidikan Khas Vokasional, Kementerian Pendidikan
|
1985
|
Penubuhan Jawatankuasa Kerja Penyelarasan Komunikasi Seluruh, Kementerian Pendidikan untuk perkembangan Sistem Kod Buku Pendidikan Islam
Penubuhan Jawatankuasa Kerja Kecil Kod Dasar Agama Islam Penubuhan Jawatankuasa Kerja Kecil Kod Dasar KBSR Tahap II Bahasa Malaysia Kod Tangan Penubuhan Jawatankuasa Kerja Kecil Penggubalan Kod Tangan Pendidikan Vokasional dan Teknikal |
1987
|
Pembukaan Sekolah Menengah Pendidikan Khas Vokasional, Shah Alam
|
Pendidikan Masalah Pembelajaran
Tahun
|
Keterangan
|
1988
|
Kelas Perintis untuk kanak-kanak bermasalah pembelajaran telah dimulakan
|
1995
|
Program bermasalah pembelajaran peringkat menengah dimulakan
|
2004
|
Program rintis untuk kanak-kanak bermaslah pembelajaran spesifik disleksia.
|
Program Percantuman
Tahun
|
Keterangan
|
1962
|
Program percantuman dan inklusif bagi murid-murid cacat penglihatan
dimulakan |
1988
|
Permulaan kelas perintis untuk murid-murid peringkat bermasalah pembelajaran
|
1993
|
Tiga (3) pelajar pendidikan inklusif ditempatkan belajar di Tingkatan 6 Bawah di Sekolah Menengah Methodist (Lelaki), Kuala
Lumpur |
1994
|
Pembukaan kelas-kelas program inklusif seeara projek rintis di 14 buah sekolah di seluruh negara
|
1995
|
Program Bermasalah Pembelajaran peringkat menengah dimulakan
|
kredit : http://syazwanisulaiman92.blogspot.com/2012/11/sejarah-penubuhan-sekolah-pendidikan.html
http://pendidikankhask16.blogspot.com/2010/07/sejarah-pendidikan-khas-di-malaysia.html
0 comments:
Post a Comment