Jom Belajar ..! ^_^

"Jika kamu inginkan dunia hendaklah dengan ilmu,jika kamu inginkan akhirat hendaklah dengan ilmu,dan jika kamu inginkan kedua-duanya juga hendaklah dengan ilmu." (Imam Syafie)

Pembelajaran

Pembelajaran merupakan hak setiap insan termasuk kanak-kanak pendidikan khas

I.L.M.U.

"Apabila anak Adam (manusia) itu meninggal dunia maka terputuslah segala amalnya kecuali tiga iaitu sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat atau anak soleh yang mendoakannya." (Riwayat Muslim)

Ukhuwah Lillah ^__^

"Sesungguhnya orang-orang mu'min adalah bersaudara kerana itu damaikanlah antara kedua saudaramu dan bertakwalah kepada Allah supaya kamu mendapat rahmat." (Al-Quran; Surah al-Hujurat, ayat 10)

Thursday, 18 September 2014

Integriti

Bismillahirrahmanirrahim,

Assalamualaikum...

Sering kali kita terdengar perkataan integriti. Namun, sejauh manakah kita memahami, menghayati dan mengaplikasi integriti dalam kehidupan seharian kita.
Terdapat sesetengah insan yang sanggup mengetepikan integriti dalam kehidupan mereka. perkara ini menyebabkan berlakunya masalah sosial dalam masyarakat yang umpama duri dalam daging seperti rasuah, plagiat, mencuri dan pelbagai lagi.

Maksud integriti
Menurut Wikipedia, Integriti sebenarnya berasal dari istilah bahasa Inggeris yang membawa erti keutuhan dari semua segi yang baik. Dalam bahasa Melayu, ia biasanya menjurus kearah perwatakan seseorang.
 Maksud integriti mengikut Kamus Dewan edisi keempat ialah kejujuran dan ketulusan; kesempurnaan; keutuhan.
Dari maksud yang didapati dari Kamus di atas, integriti adalah sifat jati diri yang merangkumi juga keikhlasan, keterbukaan, ketelusan, amanah, benar, berpegang kepada prinsip, tidak mudah dipengaruhi, boleh dipercayai, boleh pegang cakapnya, dll.



Integriti mengikut peringkat

Dalam tahap peringkat individu, integriti ialah keselarasan antara tindakan dengan prinsip etika,undang-undang serta keselarasan antara kepentingan diri dengan kepentingan umum. Pada peringkat organisasi pula, integriti terkandung dalam perumusan dan perlaksanaan kod etika piagam pelanggan serta sistem kerja serta pematuhan kepada amalan terbaik. Kod etika tersebut akan diulang dan dihayati oleh anggota organisasi berkenaan sehingga menjadi kebiasaan dan akhirnya menjadi budaya organisasi. Manakala integriti bagi penjawat awam pula, integriti bermaksud melaksanakan amanah dan kuasa yang diberi oleh kerajaan untuk kepentingan umum. Penjawat awam tersebut tidak boleh menyalahgunakan dan menyelewengkan kuasa yang diamanahkan untuk kepentingan diri, keluarga, saudara mara dan kaum kerabat. Oleh itu, penjawat awam perlulah tulus dan jujur dalam memikul amanah terhadap majikan, anak buahnya dan pihak lain.





Minggu Integriti di IPGKIK





IPG Kampus Ilmu Khas,Kuala Lumpur akan mengadakan Minggu Integriti bermula 22 hingga 25 September 2014.  Tujuan program ini adalah untuk memberri kefahaman yang lebih jelas mengenai nilai integriti dalam institusi pendidikan dan seterusnya membudayakan amalan integriti dalam kehidupan. Selain itu, minggu Integriti ini juga bertujuan memastikan semua warga pendidik mempunyai kefahaman yang jelas tentang nilai integriti dan menggerakkan aktiviti integriti dalam institusi pendidikan serta membudayakan amalan integriti dalam kehidupan seharian.
Beberapa acara pertandingan telah diadakan sempena Minggu Integriti ini antaranya ialah Pertandingan Blog, Pertandingan Fotografi, Pertandingan Melukis, Elocution Speech dan juga Pertandingan Ekplorasi Integriti 2014.

Kesimpulannya, integriti haruslah sentiasa disemai dalam jiwa setiap warganegara Malaysia dan sentiasa diamalkan agar Malaysia mempunyai rakyat yang sentiasa mengaplikasikan integriti dalam kehidupan. Ingatlah, integriti mencerminkan perlakuan kita.







p/s : video2 mengenai integriti boleh disaksikan pada menu VIDEO yang disediakan ^^


Wednesday, 17 September 2014

Mengenai Masalah Penglihatan

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamualaikum~~~


Apa khabar semua?? 

Dalam post yang lepas, kami telah menjelaskan mengenai Masalah Pendengaran. Kali ini, kami akan menjelaskan mengenai satu subtopik dalam Pendidikan Khas iaitu Masalah Penglihatan. 



Definisi~


Masalah penglihatan boleh dibahagi kepada dua iaitu
*      Hilang sebahagian penglihatan
*      Hilang penglihatan sepenuhya

Hilang sebahagian penglihatan berlaku apabila penglihatan tersebut mempunyai kecacatan sedikit atau kabur

Manakala hilang penglihatan sepenuhnya pula  terjadi apabila keseluruhan atau sebahagian sebelah mata mahupun kedua-dua belah mata terlampau teruk untuk berfungsi dengan sempurna. (Lowth, 2013)


Perkara ini boleh terjadi dengan atau tanpa kesakitan ,secara tiba-tiba mahupun berperingkat.









Ciri-ciri~

(rabun penglihatan):
1)
Miopia(rabun jauh)
:
*      Sukar untuk melihat benda jauh dengan jelas
*      Mengecilkan anak mata atau menyempitkan kelopak mata untuk melihat benda jauh
*      Mengerutkan kening dan muka
*      Buku dipegang terlalu dekat dengan mata
*      Kurang berminat permainan di luar rumah (Kalloniatis & Johnston, 1990 )

2)
Hipermetropia (rabun dekat)
:
*      Sakit kepala, pedih mata dan keletihan mata
*      Kesukaran untuk menumpu mengekalkan penglihatan yang jelas bagi benda yang dekat
*      Memegang bahan bacaan jauh daripada mata

3)
Astigmatisme
:
*      Mata tidak tahan dengan silauan cahaya
*      Tidak boleh berada di tempat panas dan cahaya yang tinggi
*      Pandangan berbayang-bayang dan tidak jelas
*      Ketidakselesaan mata (Kalloniatis & Johnston, 1990)

4)
Ambliopia
:
*      Tidak ada perkembangan pada mata
*      Penglihatan mata kabur
*      Tidak dapat melihat dengan jelas








(penglihatan terhad):
1)
Diplopia
:
*      Benda yang dipandang kelihatan ada dua

2)
Fotofobia
:
*      Pengeluaran air mata yang banyak
*      Mengalami kekejangan otot mata
*      Sering mengerlip kelopak mata

3)
Buta warna
:
*      Keliru dengan warna-warna tertentu (merah dengan hijau) (biru dengan kuning)
*      Tidak boleh melihat warna dengan terang

4)
Juling(strabismus)
:
*      Mata sebelah tegak, sebelah lagi ke dalam (esotropia)
*      Mata sebelah tegak, sebelah lagi ke luar (eksotropia)
*      Mata sebelah tegak, sebelah lagi ke atas (hipertropia)
*      Sebelah mata tegak, sebelah lagi ke bawah (hipotropia)





Keperluan bantuan~

  • Kaedah Braille:
  • Kaedah ini dapat membantu kanak-kanak bermasalah penglihatan menulis. Mereka akan menggunakan deria sentuh untuk memahami dan membaca nota-nota yang dicetak dalam tulisan Braille pada awal pengajaran. Sistem yang digunakan ialah satu sel yang terdiri daripada enam titik timbul 

  • Teknologi bantuan:
  • Antara teknologi bantuan yang direka khusus untuk kanak-kanak bermasalah penglihatan ialah alat penterjemahan Braille (Duxbury) dan perisian suara(Jaws). Aplikasi Jaws membolehkan mereka menggunakan telefon bimbit dan komputer riba seperti golongan normal. Semua alat bantuan bertujuan untuk membolehkan mereka menguasai teknologi komputer (Leat & Karadash, 1991)
  •  


  • Bahan dalam kelas:
  • Para guru hendaklah menyediakan bahan yang mempunyai tulisan yang besar untuk membolehkan kanak-kanak bermasalah penglihatan khususnya rabun untuk membaca. Mereka juga akan disediakan alat sokongan yang lain seperti kanta pembesar, bantuan membaca elektronik dan tongkat putih untuk memudahkan mobiliti.


Punca-punca berlaku~

*      jangkitan virus dan bakteria seperti melalui penyakit demam campak
*      kemalangan yang mencederakan bahagian mata
*      posisi membaca yang tidak betul (terlalu dekat atau terlalu jauh)
*      keturunan

Friday, 12 September 2014

Apakah itu MASALAH PENDENGARAN



Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum,,,

Post kali ni nak bincangkan pasal masalah pendengaran... mungkin da gk yg hnya sekadar tau mslh pndgrn ni hard hearing.. tapi nanti bila soalan xm tny apa definisi mnurut pndgn tokoh....ciri-ciri fizikal..punca berlaku masalah tersebut,..haaaa... terkebil2 nk jawab :P

ok...memandangkn masa itu emas... jom kita tambahkan ilmu dkt minda mengenai masalah ini.


~DEFINISI~



(Izz) memetik kata-kata Hallahan dan Kaufman(1991) yang menyatakan bahawa kanak-kanak bermasalah pendengaran ialah kanak-kanak yang tidak dapat mendengar pada satu tahap intensiti (kekuatan bunyi). 

manakala Mohd Zuri Ghani dan Aznan Che Ahmad. (2013) memetik kata-kata Safari Bari (1993) yang menyatakan bahawa dalam bidang perubatan, murid-murid bermasalah pendengaran dikategorikan mengikut tahap kehilangan pendengaran mereka.



Sensitiviti pedengaran adalah diukur dalam unit desibel(dB). Nilai  0dB ialah bunyi yang amat perlahan yang dapat didengari oleh orang yang mempunyai pendengaran normal. (Daniel P.Hallahan et.al., 2009)



~CIRI-CIRI FIZIKAL~

Menurut Aznan(2008), antara ciri fizikal bg individu bermasalah pendengaran ialah......

•Kurang memberi perhatian semasa di dalam kelas
•Percakapan yang janggal
•Tidak gemar melibatkan diri dalam aktiviti yang memerlukan kemahiran pertuturan
•Sering bertanya tugasan yang perlu dilakukan
•Memasang radio dengan kuat
•Duduk tepat di hadapan televisyen
•Gemar mencondong muka ke depan
•bergantung dengan rakan sekelas mengenai tugasan yang diberikan
•Sering mengadu sakit telinga
•Terdapat cecair yang keluar daripada telinga
•Pencapaian dalam pelajaran yang lemah terutama berkaitan dengan bahasa
•Berkomunikasi menggunakan bahasa isyarat
•Memakai alat bantuan pendengaran



~KEPERLUAN BANTUAN~


Bagi kanak-kanak bermasalah pendengaran, terdapat pelbagai bantuan yang dapat dilakukan untuk membantu kanak-kanak tersebut. Dari segi kaedah komunikasi, terdapat beberapa kaedah komuikasi untuk mereka seperti kaedah lisan auditori, bacaan bibir, bahasa isyarat, komunikasi seluruh dan pertuturan isyarat kiu. (Mohd Zuri Ghani, 2013)

1. Kaedah lisan auditori :


Ø  Cara ini menekan  proses mendengar dan bertutur. Murid-murid akan menggunakan alat bantuan pendengaran dan deria lihat. Mereka akan diajar kaedah bacaan bibir tanpa menggunakan bahasa isyarat. Kemahiran mendengar dan bertutur dapat melatih murid membezakan bunyi-bunyi yang berbeza

2  Kaedah bacaan bibir


Ø  Cara ini mengguna deria penglihatan sepenuhnya dan sesuai untuk individu yang dapat memberi tumpuan yang tinggi terhadap bibir penutur. Menurut John Tracy (2010), murid-murid pekak mendengar melalui mata. Kaedah ini memerlukan murid-murid bermasalah pendengaran melihat tepat ke arah bibir penutur agar dapat memahami maklumat yang disampaikan.

3.  Kaedah bahasa isyarat:
    • Murid-murid bermasalah pendengaran tetap menerima pendidikan seperti pelajar arus perdana. Mereka diajar dengan menggunakan bahasa isyarat. Bahasa isyarat merupakan satu kaedah yang memberi simbol tertentu menggunakan bentuk tangan agar dapat menyampaikan maksud yang tertentu


Isyarat huruf






Isyarat nombor



1      4. Kaedah komunikasi seluruh:
Ø  Kaedah ini menggabungkan isyarat jari, bacaan bibir, pertuturan dan implikasi auditori. Aspek penting dalam kaedah ini ialah isyarat jari dan pertuturan secara serentak.


2     5. Kaedah pertuturan isyarat kiu:
Ø  Kaedah ini membentuk isyarat tangan bagi menentukan bunyi-bunyian. Kiu akan ditunjukkan melalui bentuk-bentuk tangan. Bunyi perkataan akan ditentukan melalui kawasan tempat sesuatu bentuk tangan.


contoh isyarat kiu


3      6.  Alat bantuan pendengaran:
Ø  Murid-murid bemasalah pendengaran yang mempunyai sisa-sisa pendengaran memerlukan alat bantuan pendengaran untuk mendengar dengan lebih jelas. Ahli audiologi bertanggungjawab untuk menilai alat bantu dengar yang sesuai, membuat acuan telinga serta memberi pendedahan mengenai cara penggunaan dan penjagaan yang betul.





Implan koklea








~PUNCA BERLAKU~



Masalah pendengaran boleh terjadi daripada pelbagai faktor iaitu sebelum lahir, semasa lahir dan selepas lahir



a)
Sebelum lahir
:
*      Baka yang disebabkan oleh gen. Kajian menunjukkan kemungkinan anak-anak akan menghidap masalah pendengaran jika mereka mempunyai keluarga berlatar belakang masalah pendengaran

b)
Semasa lahir
:
*      Bayi yang dilahirkan tidak cukup bulan
*      Tempoh kelahiran yang lama

c)
Selepas lahir
:
*      Menghidap penyakit berjangkit seperti demam campak.
*      Kemalangan yang mencederakan bahagian telinga
*      Terdedah kepada bunyi yang kuat



Thursday, 11 September 2014

Negaraku dalam BIM



sekalung perhargaan buat MFD yang sudi menghasilkan klip video lagu Negaraku dalam BIM ini :)

semoga para pembaca sekalian dapat membezakan isyarat BIM dan juga KTBM


Saturday, 6 September 2014

ABC dalam titik Braille

Bismillahirrahmanirrahim..



Assalamualaikum..



Dalam video yang lepas, kita mempelajari ABC dalam bahasa isyarat . Sekarang kita akan mempelajari ABC dalam titik Braille pula



Enjoy urself!

















kredit : http://www.youtube.com/watch?v=Ux9QqBRKJXo


Friday, 5 September 2014

Isyarat A sampai Z

Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamualaikum...

Dalam post kali ni..kita akan mempelajari huruf A sampai Z dalam bahasa isyarat lak..



Jom belajar !!!