Jom Belajar ..! ^_^

"Jika kamu inginkan dunia hendaklah dengan ilmu,jika kamu inginkan akhirat hendaklah dengan ilmu,dan jika kamu inginkan kedua-duanya juga hendaklah dengan ilmu." (Imam Syafie)

Pembelajaran

Pembelajaran merupakan hak setiap insan termasuk kanak-kanak pendidikan khas

I.L.M.U.

"Apabila anak Adam (manusia) itu meninggal dunia maka terputuslah segala amalnya kecuali tiga iaitu sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat atau anak soleh yang mendoakannya." (Riwayat Muslim)

Ukhuwah Lillah ^__^

"Sesungguhnya orang-orang mu'min adalah bersaudara kerana itu damaikanlah antara kedua saudaramu dan bertakwalah kepada Allah supaya kamu mendapat rahmat." (Al-Quran; Surah al-Hujurat, ayat 10)

Thursday, 18 September 2014

Kuiz Masalah Penglihatan dan Masalah Pendengaran

Bismillahirrahmanirrahim,,

Assalamualaikum...

Di sini kami sediakan satu link quiz yang agak mudah dan santai sebagai bahan untuk menguji kefahaman anda mengenai masalah penglihatan dan masalah pendengaran :)




file:///C:/Users/User/Documents/Quizzes/Quiz%20KB/index.html


~Sila copy dan paste link tersebut pada tab yang baru ^^~



Latihan Masalah Pendengaran dan Masalah Penglihatan

Isi tempat kosong dengan jawapan yang betul.
●
1)Kanak-kanak bermasalah pendengaran tidak dapat ____________ pada satu tahap kekuatan bunyi.
2)Sukar melihat benda jauh dan mata berasa tegang merupakan _____________________.
3)_______ merupakan aplikasi bersuara untuk membantu kanak-kanak bermasalah penglihatan.
4)Murid bermasalah pendengaran mengalami masalah untuk __________ arahan yang disampaikan.
5)______________ merupakan punca bagi masalah pendengaran dan masalah penglihatan.


Jawab soalan-soalan berikut.

1) Pada pendapat anda, apakah usaha-usaha yang boleh diambil oleh ibu bapa dan kerajaan untuk membantu kanak-kanak bekeperluan khas ?

2)Mengapakah masih terdapat segelintir individu yang memandang rendah kanak-kanak bekeperluan khas?

3)Adakah kemudahan OKU di negara kita mencukupi untuk membantu golongan istimewa ini? Berikan alasan anda.




ALAT-ALAT BERFIKIR

KERJA KHUSUS
TUGASAN 1

SOALAN:

Hasilkan dua illutrasi pengurusan alat-alat berfikir dalam bentuk grafik.
1. Kemahiran belajar yang cemerlang
2. Kemahiran literasi maklumat


Berikut adalah alat-alat berfikir yang telah dihasilkan oleh ahli kumpulan kami:

Nur Syahirah Binti Abdul Majid




 Kemahiran Belajar Cemerlang






Peta Minda Kemahiran literasi maklumat




Siti Hasibah Binti Che Sarif


Peta minda 1: Kemahiran Belajar Cemerlang


     

Peta Minda 2: Kemahiran Literasi Maklumat



Farah Nur Syahirah Binti Alwi



Peta Minda Kemahiran Belajar







Peta Minda Kemahiran Literasi Maklumat

Teknik Membaca

Assalamualaikum..^-^

Alhamdulillah..pada malam ini saya diberi lagi masa dan ruang untuk menulis blog. Pada kali ini saya ingin berkongsi sedikit ilmu yang telah saya pelajari iaitu teknik membaca.

Kemahiran membaca seharusnya tidak dipandang remeh oleh pelajar. Kemahiran yang betul dapat meningkatkan pemahaman dengan lebih berkesan. Oleh itu, kita sebagai pelajar khususnya perlu mengetahui teknik membaca yang betul kerana kemahiran ini amat penting dalam proses pembelajaran.


                                                  http://www.anuar2u.com/tips%20belajar.htm


Proses membaca boleh dibahagikan kepada 2 bahagian utama iaitu:

  1. Bacaan secara cepat
  • Skimming
  • Scanning
   2. Bacaan secara perlahan

  • KWLH
  • SQ3R
Pembacaan Cepat
1. Skimming (luncuran)
- Skimming adalah kemahiran membaca untuk mendapatkan maklumat secara ringkas dan pantas mengenai sesuatu maklumat.
- Lazimnya cara ini digunakan untuk mencari isi kandungan, tajuk, rumusan serta bibliografi.
- contohnya, apabila kita membaca surat khabar tentunya kita tidak akan membaca perkataan demi perkataan., sebaliknya kita akan melakukan imbasan terhadap petikan yang terdapat di dalam surat khabar tadi.
- Skimming amat berguna kepada pelajar terutama ketika pelajar ingin mencari informasi melalui internet.
- Antara strategi yang boleh dilakukan semasa skimming:
  • Pelajar boleh membaca tajuk, sub-tajuk atau melihat gambar rajah.
  • Pelajar boleh membaca perenggan pendahuluan dan penutup sesuatu teks.
  • Membaca hanya ayat pertama bagi setiap perenggan. Biasanya ayat pertama ini memberi idea utama yang ingin disampaikan oleh penulis.
2. Scanning (Imbasan)
- Imbasan ialah kemahiran membaca untuk mendapatkan maklumat yang lebih mendalam daripada skimming.
- membaca pendahuluan dan rumusan secara mendalam, membaca kandungan bab dengan pantas sambil mencatat kata kunci dan konsep yang dinyatakan.
- scanning adalah satu langkah awal bacaan kerana melalui cara ini pelajar boleh mengetahui istilah-istilah baru dan seterusnya mencari maknanya dalam kamus dan menjimatkan masa ketika membuat pembacaan sebenar.
-Hal ini dapat membantu pelajar membuat keputusan dalam menentukan tahap kepentingan sesuatu istilah, konsep dan bahagian dalam buku teks mahupun buku rujukan yang memerlukan perhatian khusus ketika membuat ulang kaji pelajaran.

Pembacaan Perlahan

1. Bacaan intensif / KWLH
- Bacaan intensif adalah kemahiran membaca untuk mendapatkan maklumat secara terperinci.
-Selalunya teknik bacaan ini mengambil masa yang lebih panjang untuk memahami maksud sesebuah teks tersebut.
  • K (know)- apa yang diketahui
  • W (want)- apa yang hendak diketahui
  • L ( learned)- apa yang hendak dipelajari semasa membaca bahan bacaan
  • H ( how)- tambahan maklumat berkenaan tajuk yang dibaca
- Tujuan bacaan secara intensif adalah semata-mata untuk mendapatkan semua maklumat dengan mendalam dan catatan perlu dibuat untuk mengumpulkan maklumat.

2. SQ3R ( Survey, Question, Read, Recite, Review)
- Teknik membaca ini meminta pembaca membuat analisis mendalam tentang bahan yang dibaca.
-Langkah-langkah membaca:
  • Lihat tajuk utama sepintas lalu bagi melihat idea keseluruhan
  • tukar tajuk utama menjadi soalan
  • baca keseluruhan bahagian bagi mendapatkan jawapan
  • selepas membaca petikan, susun idea dan isi penting dengan bimbingan guru
  • menyebut tajuk utama bagi setiap bahagian perenggan melalui ingatan bagi menjawab soalan.

Berikut sedikit panduan kepada anda untuk mendapatkan kesan pembacaan yang maksimum.
  1. membaca secara berhati-hati
  2. membaca secara menyeluruh
  3. membaca secara berulang-ulang
  4. membaca dalam suasana yang selesa
  5. membaca secara berperingkat.

Berdasarkan post kali ini diharap adik-adik sekalian mendapat input yang berguna serta dapat mengaplikasikan teknik membaca ini di dalam pelajaran. Kebolehan membaca sangat penting kerana membaca dianggap sebagai asas utama bagi mencapai kejayaan.

Terima kasih..~

Rujukan:

Syed Ismail Syed Mustapa, Ahmad Subki Miskon, Aliza Adnan. (2014). Kemahiran Belajar. Kuala Lumpur: Multimedia Sdn.Bhd.




Autisme dan ADHD

Definisi autisme


Ketidakupayaan seseorang individu iaitu kecederungan neurologi sehingga menjejaskan kefungsian otak dalam aspek-aspek kognitif, tingkahlaku, kemahiran motor kasar dan motor halus, bahasa dan komunikasi, serta sosial dan emosi.

Definisi Adhd

Kesukaran memusatkan perhatian (add ), mempunyai masalah kecil di otak, terlalu banyak bergerak atau aktif dan hiperaktif

Ciri-ciri Autisme

•Masalah komunikasi :
Tahap kefahaman bahasa adalah rendah dan tahap penggunaan bahasanya terbantut

•interaksi sosial :
 Suka bersendirian

•Pola bermain :
Melakukan tindakan yang bersama, leka bermaian dengan barang yang diminatinya, menunjukkan tingkah laku yang pelik

•Ganguan deria :
Tidak suka dipegang, mempunyai ganguan telingga

•Tingkah laku :
Pengulangan tingkah laku yang tidak bermatlamat, kurang menumpukan perhatian

•Emosi :
Ketawa, marah dan menangis dengan tiba-tiba


                                   Ciri-ciri ADHD

•Kurang tumpuan.
 Contoh : Tidak menumpukan perhatian,gagal mematuhi  arahan,pelupa

•Hiperaktif.
Contoh  : Sering belari ke sana dan ke mari, tidak duduk

•Impulsif. 
Contoh  :  Tidak sabar, selalu mengusik rakan, cenderung mengalami  kemalangan

•GabungaN
Contoh : Masalah dalam ketiga-tiga kategori iaitu kurang tumpuan, hiperaktif dan implusif              






   tidakupayaan seseorang individu iaitu kecederungan neurologi sehingga menjejaskan kefungsian otak dalam

Kemahiran Membuat Nota

Assalamualaikum dan Salam sejahtera 



Hai semua, hai adik-adik, hai warga blog, hai pembaca semua....
Kita semua ada impian kan, impian apa? mestilah nak berjaya. Kadang-kadang tu kita tertanya-tanya, dia ni tak study pon, tapi berjaya.. aku study sampai tak sempat nak manja-manjakan badan ni, tapi dapat sikit je markah, wah timbul rasa stress ! jelous pon ada.. bila dah masuk ipg, oohhh macam ni rupanya nak belajar, ada cara.. haaa,,. jagan terkejut, ingat nak buat kuih je ke ada cara? belajar pon ada cara juga taw. haha,. untung juga belajar kemahiran belajar ni. huhu.. ni nak share sikit kemahiran mengambil dan membuat nota.

Cara-cara membuat nota

1. Annotation
 
   Annotation ni adalah catatan nota untuk memberi penjelasan dalam bentul penerangan ringkas. mengenai sesuatu kerja seperti artikel, bab buku, buku, laman web atau filem, Penjelasan ni mestilah mempunyai maklumat biblografi lengkap. Annotation ni juga boleh dibuat dengan menggariskan fakta, menandakan isi penting, menggunakan highlight, dan boleh juga menggunakan pelekat.

2. Outline Notes

   Maksud outline notes ni ialah frasa dan kata kunci

3. Column Notes

  Adalah cara mengambil nota menggunakan format berbentuk lajur. Teknik ni lebih sesuai bagi  sunjet Sains dan Matematik.

4. Nota rumusan

  Nota rumusan ni bermaksud nota yang mempunyai semua maklumat yang telah diringkaskan dan ditulis dalam perenggan. Rumusan ini lebih fokuskan kepada isi penting.



Nak nota nampak menarik? tak jemu baca.. gunalah alat-alat berfikir dalam membuat nota.. Contohnya :

1. Pengurusan grafik
2. Peta minda, Ada 5...

     1. Peta minda jenis pokok
     2. Peta minda jenis alir
     3. Peta jenis kitaran
     4. Peta minda jenis cabang
     5. Peta jenis tulang ikan

3. Pemetaan i-THINK.. Ada 8...

   1. Peta bulatan
   2. Peta buih
   3. Peta buih berganda
   4. Peta pokok
   5. Peta dakap
   6. Peta alir
   7. Peta pelbagai alir
   8. Peta titu

dengan cara mengaplikasikan nota menjadi alat-alat berfikir ni, kita lebih faham dan cepat ingat apa yang telah kita buat. Selamat mencuba  :)


Rujukan daripada Buku Kemahairan Belajar yang ditulis oleh Syed Ismail Syed Mustapa, Ahmad Subki Miskon, Aliza Adnan.


Rujukan

Tugasan 1 (alat-alat berfikir)


  • Nur Syahirah binti Abdul Majid

Big 6 Skills Overview. (2014). Diambil daripada The Big 6 -Information and Technology Skills for Student Success: http://big6.com/pages/contact-us.php

Khalid Mohamad Nor (2006). Belajar Teknik Belajar . Kuala Lumpur: PTS Millennia.

Siti Sumaizan Ramli (2014). Kemahiran Literasi Maklumat ke Arah Modal Insan Berpengetahuan. Diambil daripada http://www.cais.unimas.my/media/media/pkma/CAIS%20Publication/Bull2/8.pdf

Syed Ismail Syes Mustapa et al.(2014). Kemahiran Belajar Edisi Kedua. Puchong: Sasbadi.




  • Siti Hasibah binti Che Sarif


Ainon Mohd,Abdullah Hassan. (2006). Belajar Berfikir. Kuala Lumpur: PTS Professional Publishing Sdn Bhd.

Mohd Fadzilah Kamsah,Ahmad Zabidi Abdul Razak,Noor Shamshinar Zakaria. (2006). Merancang Kejayaan. Kuala Lumpur: PTS Millennia Sdn Bhd.

Mohd Fadzilah Kamsah,Ahmad Zabidi Abdul Razak,Nur Hanani Hussin. (2005). Positif Untuk Berjaya. Kuala Lumpur: PTS Millennia Sdn.Bhd.

Siti Sumaizan Ramli. (t.t). Kemahiran Literasi Maklumat Ke Arah Modal Insan Berpengetahuan. Didapatkan September 17, 2014, daripada http://www.cais.unimas.my/media/media/pkma/CAIS%20Publication/Bull2/8.pdf





  • Farah Nur Syahirah binti Alwi


Sabri Ahmad. (2006). Menuju Kecemerlangan Belajar. Selangor Malaysia: Masterpiece Publication Sdn Bhd.

Mzurs. (2014). Pengisian Pusat Sumber Digital- Literasi Maklumat. Diambil daripada blog.com: http://edu4u.edublogs.org/artikel/literasimaklumat/pengisian-pusat-sumber-digital-literasi-maklumat/

John Arul Phillips. (1997). Kemahiran Berfikir. Kuala Lumpur: Utusan Publication & Distributors Sdn Bhd.

Zida. (2014). Literasi Maklumat. Diambil daripada Wordpress.com: http://pssmkcas.wordpress.com/literasi-maklumat/
















Tugasan 2 (Blog)


(WHO), W. H. (1997). Blindness and Visual Disability.

Aznan Che Ahmad. (2008). Masalah Pendengaran.

Daniel Hallahan, Kristin Sayeski. (2010, September 2). Special Education. Diambil daripada education.com: http://www.education.com/reference/article/special-education1/

Definisi Pendidikan Khas. (2012, Oktober 9). Diambil daripada Ilmu Pendidikan: http://rujukpendidik.blogspot.com/2012/10/definisi-pendidikan-khas.html

iimadminweb. (2011, April 12). Lagu Setulus Rasa-Adibah Noor. Diambil daripada YoutubeMY: http://www.youtube.com/watch?v=Q0mq_y3g508

Integriti. (2013, Mac 9). Diambil daripada Wikipedia Ensiklopedia Bebas: http://ms.wikipedia.org/wiki/Integriti?veaction=edit Izz, A. (n.d.).

Jurnal Pekak. Diambil daripada academia.edu: http://www.academia.edu/4544543/Jurnal_pekak

Kalloniatis, M. d. (1990). Visual Characteristic of Low Vision Student (Vol. 67(1)). Optom. and Vis. Sci.

Leat, S. d. (1991). Use and non-use of low vision aids by visually impaired children. Ophtal, Physiol. Opt.

Lowth, D. (2013, Julai 10). Visual Problems. Diambil daripada Patient.co.uk: http://www.patient.co.uk/health/visual-problems

Mohd Zuri Ghani, Aznan Che Azmad (2013). Pengantar Pendidikan Khas. Pulau Pinang,Malaysia: Penerbit USM.

Syar Mezee. (2012, Disember 14). Bahasa Isyarat Lagu Rasmi dan Ikrar IPG. Diambil daripada Youtube: http://www.youtube.com/watch?v=G_YiXYTLUxI

Productions, T. L. (2012, September 13). ABCs in Sign Language. Diambil daripada YoutubeMY: http://www.youtube.com/watch?v=9M1ky9_nm4Y

Sejarah Pendidikan Khas di Malaysia. (2010, Julai 21). Diambil daripada Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran: http://pendidikankhask16.blogspot.com/2010/07/sejarah-pendidikan-khas-di-malaysia.html

Syazwani Sulaiman (2012, November 12). Sejarah Penubuhan Sekolah Pendidikan Khas di Malaysia. Diambil daripada Anak-anak Istimewa: http://syazwanisulaiman92.blogspot.com/2012/11/sejarah-penubuhan-sekolah-pendidikan.html

Syed Ismail Syed Mustapa, et. al. (2014). Kemahiran Belajar edisi Kedua. Puchong: Sasbadi.

Tracy, J. (2010). Where to Start when a Child has a Hearing Loss. Diambil daripada John Tracy Clinic.